Famili

Perempuan Kalau Nak Cantik Luar & Dalam Kena Dengar 10 Nasihat Ini. Jangan Toksik!

33
SHARES
KATA NASIHAT

“Hmm muka cantik tapi perangai teruk. Apa kata nasihat nak bagi dekat dia ya..”

Bergelar seorang wanita bukan hanya terletak pada kecantikan sahaja. Ini kerana terdapat beberapa sikap lain perlu diterapkan dalam diri agar tidak dibenci orang sekeliling.

Bagi mengelakkan perkara di atas berlaku, 10 kata nasihat di bawah ini memainkan peranan penting agar diri anda dipandang ‘cantik’ luar dan dalam. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Dah Masuk Umur 40-an Kulit Masih Tak Kedut, 6 Petua Ini Memang Menjadi!

10 KATA NASIHAT UNTUK PEREMPUAN DI LUAR SANA

KATA NASIHAT

1. Banyak-banyakkan berlapang dada

Buat sehabis baik kemudian ikhlaskan semua. Mengharap balasan manusia hanya buat kita kecewa. Serah pada Tuhan percayalah sahamnya pasti ada.

2. Buat kebaikan

Sesiapa pun minta cubalah kita tunaikan. Tak mampu dengan duit kita bantulah hulur tangan. Kadang amalan yang disangka kecil itulah yang Tuhan ambil menambah timbangan.

3. Banyak-banyakkan memberi kemaafan

Memang ada perkara yang sakitnya tu tak mampu untuk kita lafazkan. Tapi maaf itu penting supaya selesai kita punya urusan. Percayalah kalau kita benar, sampai satu masa pasti tiba juga keadilan Tuhan.

4. Sentiasa ada rasa bersyukur

Cuba kita fahamkan rezeki setiap orang Tuhan dah sedia atur. Kerja kita cuma usaha kemudian letak tawakal sehabis akur. Kalau dah kata kita punya pusing mana pun pasti pada kita juga akhirnya tersungkur.

5. Banyak-banyakkan bersabar rasa

Kita akan sedar di satu peringkat usia setiap waktu pun ada ujian cuma datangnya berbeza rupa. Ketahuilah bahawa ada pintu khas yang dicipta untuk orang yang sabar nanti di syurga.

6. Berdiam diri

Tak payah gaduh tak payah jawab sana sini. Bukan kerana kita lemah bukan kerana kita tak ada isi. Tapi sebab kita pandailah kita tak melantun macam tin kosong terlebih bunyi.

7. Banyak-banyakkan bagi sedekah

Sampai satu usia Tuhan akan jadikan keinginan kita lemah kemahuan kita rendah. Kita akan rasa apa yang dapat sekarang ni pun dah lebih dari cukup dah. Sungguh bukan yang disimpan tapi yang diberi itulah nanti yang bakal jadi faedah.

8. Banyak-banyakkan menahan hati

Usah cepat sangat nak terikut ulah orang sana sini. Jangan asal viral je laju sangat nak buat sampai hilang malu sampai lupa diri. Sedang Tuhan letak kita di tempat yang mulia Tuhan angkat kita di aras yang tinggi.

9. Banyak-banyakkan beraktiviti

Bila dah berusia badan mula berat macam besi. Lagi banyak bermalas-malasan lagi teruk jadinya nanti. Orang yang lebih cergas lebih gembira tak mudah dihanyut emosi.

10. Banyak-banyakkan mencari ilmu

Ilmu ni ada banyak cabang carilah yang sesuai dengan fitrah dan fikrahmu. Setiap hari kena tambah jadikan rutin jangan jemu. Orang yang berilmu sikapnya matang kata-katanya bermutu matlamatnya jelas haluannya berpandu.

Diharapkan 10 kata nasihat ini dapat membuatkan diri anda menjadi wanita yang lebih sempurna dan tidak mendatangkan toksik kepada kehidupan orang lain.

Baca juga: Ibu Jangan Lupa Selit 10 Doa Ini Untuk Anak Setiap Hari, InsyaAllah Jadi ‘Senjata’

Sumber: Facebook Nora Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×