Nur

Suami Suruh Besarkan Payudara Sebab Leper? Tapi Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

3
SHARES
BESARKAN PAYUDARA

Sesetengah wanita memilih untuk besarkan payudara kerana beranggapan memiliki ‘aset’ bersaiz itu kelihatan seksi. Antara cara membesarkan buah dada adalah dengan menggunakan suntikan hyaluronic acid dan cecair filler (soy based collagen).

Walau bagaimanapun, tindakan ini perlu selari dengan pandangan Islam kerana risau hukumnya haram atau sebalinya. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Pakai Baju Terlalu Pendek & Aurat Terdedah! Ramai Lelaki Cuai Hal Ini…

BESARKAN PAYUDARA, INI PANDANGAN DALAM ISLAM

BESARKAN PAYUDARA

Suntikan besarkan payudara menggunakan hyaluronic acid adalah untuk mengekalkan tahap kelembapan dan ketegangan. Hyaluronic asid ini dihasilkan secara sintetik yang difahamkan bersumber dari tumbuhan atau haiwan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan hukum melakukan pembesaran payudara melalui suntikan hyaluronic asid.

Pertama adalah tujuan suntikan tersebut dilakukan. Pembesaran payu dara secara umum diharuskan bagi tujuan perubatan sekiranya memiliki saiz yang kecil dan tidak normal.

Pembesaran payudara dengan tujuan mengembalikan kecantikan akibat penuaan yang normal adalah tidak diharuskan. Namun seandainya terdapat hajat bagi menjamin kemesraan hubungan suami isteri, ia diharuskan selama tidak membawa perubahan yang amat ketara atau tidak normal.

Seterusnya, suntikan besarkan payudara perlu diambil kira bahan di dalamnya. Pastikan hyaluronic asid digunakan dari sumber yang suci serta tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan.

Selanjutnya, seorang isteri perlu mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan di bahagian badan.

Jadi, hukum menyuntik kolagen pada anggota badan juga dianggap haram sekiranya bertujuan untuk menunjuk kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah.

Daripada Abdullah bin Mas`ud RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Jabatan Mufti Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×