Dapur

Ibu Kongsi Cara Buat Meal Prep Untuk Seminggu/Sebulan, Jimat Masa & Boleh Terus Masak

6
SHARES
CARA BUAT MEAL PREP

Para ibu dan isteri di luar sana, sekiranya terlalu sibuk dan tidak cukup masa, anda boleh cuba cara buat meal prep seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini.

Jelasnya, walaupun bekerja, dia tetap boleh membawa bekal setiap hari kerana meal prep ini sangat membantu dan menjimatkan masa.

Baca juga: Ini Rahsia Buat Santan Segar Lebih Pekat, Confirm Tak Beli Dekat Kedai Dah

CARA BUAT MEAL PREP UNTUK JIMAT MASA, MUDAH JE

CARA BUAT MEAL PREP

Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai working mom and wife tapi hampir setiap hari saya bawa bekal. Food prep sangat penting untuk menjimatkan masa.

Boleh buat food prep ini setiap minggu atau sebulan terus. Sangat respect kepada semua isteri dan mak mak yang bangun awal pagi masak bekal buat suami serta anak-anak.

– Untuk mushroom memang saya akan potong siap-siap begini. Tak payah basuh sebab nanti akan layu dan berkulat. Potong sahaja dan bila nak masak nanti baru basuh yang mana diperlukan. Saya tak letak tisu sebagai alas. Nak letak tisu boleh tapi make sure kena kerap tukar, kalau tak nanti berkulat.

– Untuk carrot saya selalu beli banyak sebab kesukaan dan simpan lama pun tahan. Sekali beli 3 4 paket terus. Hanya buang kulit dan tak perlu basuh. Nak masak baru basuh. Simpan dalam fridge, boleh tahan sehingga sebulan.

– Bunga kubis dan broccoli saya tak beli banyak sebab cepat rosak. 2 hingga 3 minggu pun tahan mengikut pengalaman. Potong
siap ikut cara kita suka dan tak perlu basuh. Nak masak baru basuh.

– Kubis, labu dan jagung tak perlu basuh, hanya perlu potong. Nak masak nanti baru basuh. Untuk labu jangan beli banyak sebab cepat berkulat. Dalam tempoh kurang 2 minggu kena masak. Kalau tak nanti rosak dan membazir.

– Sayur hijau saya selalu potong dan letakkan dalam bekas. Tak perlu basuh. Nak masak baru basuh. Kena pisahkan dari batang
sayur untuk elak cepat rosak. Sayur hijau memang tak tahan lama. Kurang satu minggu kena habiskan.

CARA BUAT MEAL PREP

– Serai saya tak pernah rendam air tapi elok tahan sampai sebulan. Kalau nak rendam dalam air boleh tapi pastikan kena kerap tukar air.

– Untuk cili padi merah dan hijau kena buang tangkai dan perlu alas tisu di bawah. Tisu pun kena kerap tukar ya. Untuk cili merah saya potong siap siap untuk memudahkan kerja. Nak masak baru basuh ya.

– Lengkuas memang kena rendam air supaya tak cepat rosak. Air kena tukar at least seminggu sekali.

Bahan basah mentah:

– Ikan boleh bung perut dan basuh siap siap.

– Ayam rendam dengan air bancuhan tepung gandum dan bilas bersih macam biasa. Potong siap siap. Isi ayam pun saya akan
potong dadu terus. Nanti nak masak terus masuk dalam kuali. Tak perlu potong lagi.

– Udang boleh basuh, buang ekor dan janggut tajam dia tu. Nak perah lemon sebelum simpan pun boleh.

– Daging saya tak basuh. Nak masak baru basuh dan hanya potong dadu sahaja.

Saya punya konsep 1 bekas untuk sekali masak sahaja dan tak suka defrost kemudian masuk fridge semula.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Puding Sumi Jelly Ala-Ala Tutti Fruity, Letak Dalam Bekas Kecil Lebih Comel

Sumber: Facebook Shaa Yangg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×