DIY & Kraf

Cara Kurangkan Kulat & Kotoran Di Getah Silikon, Jangan Biarkan Kuman Merebak

39
SHARES
CARA KURANGKAN KULAT

Barangan silikon dan getah pasti selalu berkulat jika tidak dibersihkan secara kerap. Antara cara kurangkan kulat adalah seperti perkongsian Puan Dinas Elni di laman Facebooknya. Jika dibiarkan sangat bahaya kerana akan menyebabkan pembiakan bakteria dan mengganggu kesihatan.

Macam mana caranya? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Kesan Lokasi Seseorang Guna Aplikasi Ini, Barulah Hati Tak Risau & Tenang

CARA KURANGKAN KULAT DEKAT SILIKON ATAU GETAH

CARA KURANGKAN KULAT

Sebelum saya terangkan lanjut, kita kena faham perbezaan getah, plastik dan silikon. Saluran getah paip (biasanya oren/hijau) itu diperbuat daripada jenis plastik, biasanya PVC, ia bukan silikon. Maka memang mudah untuk membersih kesan hitam kotoran padanya.

Rubber washer yang biasa guna dalam kepala pili/shower, warna hitam tu, itu sejenis getah sintetik. Bukan silikon. Tapi ada juga washer yang dibuat daripada nylon, telefon malah silikon juga bergantung pada aplikasinya.

Getah asli/sintetik dan silikon ada potensi ditumbuhi kulat. Walaupun dikatakan silikon ‘highly resistant to fungus’, tapi sekali dah ditumbuhi, memang payah nak dicuci.

Untuk gasket yang direct contact dengan makanan dan minuman, lebih sihat jika terus dibuang dan diganti baru.
Maka sebelum ianya terjadi:

1. Cuci botol air setiap hari dan buat cucian menyeluruh (tanggalkan silicone seal botol air tu dan cuci semua celahan dengan berus halus) seminggu sekali.

2. Lap kering berus gigi elektrik (atau berus gigi biasa yang ada salutan bergetah padanya) setiap kali lepas guna dan simpan di unit pengecajnya di luar bilik air. Elakkan menyimpan barangan bersilikon di kawasan tinggi kelembapan seperti bilik air.

3. Lap kering mesin basuh setiap kali selepas keluarkan baju yang sudah dibasuh. Lap juga celahan getah dan biarkan pintu serta laci sabun (untuk mesin front load) terbuka untuk dianginkan. Sebulan sekali boleh bersihkan dengan lebih menyeluruh kawasan getah ini ketika membuat cucian drum mesin basuh.

Pastikan kawasan membasuh tidak mudah diakses kanak-kanak untuk mengelakkan mereka bermain di mesin basuh yang terbuka.

4. Bersihkan gasket peti sejuk dengan mengelapnya 1-3 bulan sekali. Prevention is better than cure. Dalam kes ini penyelenggaraan berkala memang akan mengurangkan kos membaiki.

Jaga kebersihan ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Perlu Beratur Panjang, Ini Cara Renew Lesen Online. Mudah Je!

Sumber: Facebook Dinas Elni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×