DIY & Kraf

Batuk & Selesema Tak Sembuh, Rupanya Bila Periksa Belakang Almari Penuh Kulat Dinding!

9
SHARES
kulat dinding

Walaupun sekarang merupakan musim orang jatuh sakit seperti batuk dan selesema kerana berlakunya perubahan cuaca, perasan atau tidak bahawa anda berhadapan dengan penyakit ini tidak mengira waktu? Sudah pelbagai jenis ubat telah dimakan sehinggalah ada yang mengatakan bahawa kulat dinding merupakan punca kepada masalah ini.

Apa itu kulat dinding? Rupa-rupanya apabila diperiksa kawasan di belakang almari, satu kawasan bertompok besar dipenuhi dengan kulat dinding yang menjadi penyebab anda selalu mengalami batuk, bersin dan masalah paru-paru. Apa yang perlu dilakukan?

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

KULAT DINDING PENUH DI BELAKANG ALMARI, PATUTLAH SELALU SAKIT

kulat dinding

Menurut perkongsian Public Health, seorang pesakit hairan kenapa gejala batuk, bersin dan hidung berair masih tidak reda walaupun pelbagai rawatan telah diterima. Rupa-rupanya belakang almari berhampiran dinding tandas sudah dipenuhi dengan debu-debu hitam yang merupakan kulat.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti asma. Tanda-tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini dicegah?

kulat dinding

1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

4.Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

*Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Baca juga: DIY Spray Penyedut Habuk Di Perabot, Sekali Sembur Dah Tak Melekat!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×