Jangan pening dan stres kalau kulat dinding terjadi di rumah anda. Selesaikan sahaja dengan menggunakan tiga pilihan seperti perkongsian di bawah.
Tiga bahan ini sudah tentunya mudah untuk didapatkan dan tidak begitu mahal. Jadi, apa tunggu lagi? cepat hilangkan kulat dinding sebelum lebih teruk
Baca juga: Sebelum Guna Lesung Batu Baharu, Cuci Dulu Macam Ini…Confirm Bersih & Tak Ada Debu
CARA HILANGKAN KULAT DINDING GUNA 3 BAHAN
1. Cuka putih
Tuang 250ml cuka putih ke dalam botol semburan. Sembur terus pada dinding berkulat dan biarkan selama kira-kira 5 minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih. Jika kulat masih tidak hilang, cuba sapukan beberapa kali.
2. Minyak tea tree
Cara seterusnya untuk hilangkan kulat dinding adalah dengan mencampurkan satu sudu minyak tea tree ke dalam setengah liter air.
Tuangkan adunan ke dalam botol semburan dan sembur pada bahagian dinding yang berkulat. Biarkan selama 5 minit sebelum anda mengosoknya menggunakan berus.
Akhir sekali, bersihkan dinding dengan kain mikrofiber dan biarkan sehingga kering.
3. Sodium bikarbonat
Tuang 3 sudu besar sadium bikarbonat ke dalam setengah liter air suam dan gaul rata sehingga larut sepenuhnya.
Masukkan larutan ke dalam botol semburan dan sembur pada kawasan yang berkulat. Bilas selepas 5 minit dan akhir sekali keringkan dengan kain bersih.
Jangan lupa untuk memakai sarung tangan dan pelitup muka apabila anda mencuba tips ini. Pilih kaedah paling sesuai untuk menghilangkan kulat di bahagian dindang.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan selamat mencuba.
Baca juga: Guna 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Toilet Kekal Berkilat, Tak Payah Guna Pencuci Tandas Pun!
Sumber: Grandma Secret