DIY & Kraf

Jangan Stres-Stres Rumput Liar Makin Tinggi, Guna Je Bahan Yang Ada Di Rumah Ini

62
SHARES
CARA MATIKAN RUMPUT LIAR

“Stressnya! Macam mana cara matikan rumput liar ni…”

Rumput liar di kawasan rumah sememangnya boleh mengganggu kerana kelihatan semak. Antara cara matikan rumput liar paling mudah adalah dengan menggunakan bahan di rumah sahaja.

Semua bahan yang disenaraikan di bawah mudah untuk didapatkan dan paling penting sekali jimat serta murah. Anda tak keluar duit banyak-banyak untuk mematikan rumput.

Baca juga: 7 Tanaman Ini Rupanya Pembawa Rezeki, No. 4 Itu Pasti Anda Tak Sangka!

CARA MATIKAN RUMPUT LIAR GUNA BAHAN DEKAT RUMAH

CARA MATIKAN RUMPUT LIAR

1. Cuka

Antara cara matikan rumput liar yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan cuka dan sedikit sabun pencuci pinggan. Campurkan kedua-dua bahan ini dengan air dan sembur pada kawasan yang ada rumput liar.

2. Air panas

Selain itu, anda juga boleh menggunakan air panas untuk mematikan rumput liar. Caranya mudah sahaja, masak air sehingga mendidih dan siram di tempat yang diinginkan.

3. Garam & sabun cuci pinggan

Seterusnya, untuk mematikan rumput liar anda boleh mencuba mencampurkan garam dan sabun cuci pinggan. Dua bahan ini difahamkan dapat mematikan sebarang jenis rumput.

Campurkan sabun dan garam, kemudian larutkan dalam air. Garam boleh mengeringkan rumput, manakala sabun membuat garam melekat pada daun dan menyerap campuran.

4. Baking soda

Baking soda bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi ia juga boleh mematikan rumput. Caranya adalah, anda perlu basahkan rumput kemudian taburkan ke atas tanah. Ulang langkah ini setiap hari sehingga rumput mati.

5. Bleach

Cara matikan rumput liar yang selanjutnya adalah dengan menggunakan bleach atau peluntur. Walaupun ia digunakan untuk pakaian, bleach juga memberi manfaat lain seperti yang dinyatakan.

Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan peluntur untuk membunuh rumput, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa memakai sarung tangan dan pelitup muka.

Jauhkan haiwan dan kanak-kanak dari kawasan tersebut semasa menggunakan peluntur. Pastikan hanya menggunakan pada kawasan yang diingini.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Wah! Mandian Air Limau Boleh Naikkan Seri Muka, Bukan Hanya Untuk Masakan Je

Sumber: Install It Direct

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×