Dapur

Jangan Biarkan Span Basuh Pinggan Kotor, Boleh Risiko Cirit Birit

9
SHARES
SPAN BASUH PINGGAN

Ramai orang beranggapan bahawa tandas merupakan tempat paling kotor. Sebenarnya, dapur juga salah satu tempat pembiakan pelbagai jenis kuman kerana span basuh pinggan yang digunakan tidak ditukar.

Ini kerana span tersebut digunakan untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Baca juga: Jangan Kecewa Kalau Masakan Terlebih Masin, Masukkan Sahaja 8 Bahan Ini

SPAN BASUH PINGGAN KOTOR JANGAN BIARKAN, BAHAYA!

SPAN BASUH PINGGAN

Pelbagai jenis kuman bakteria seperti Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian telah menunjukkan bahawa kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan.

Lebih teruk lagi, boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah ‘syurga’ bagi kuman.

Anda dan keluarga juga berisiko mengalami cirit birit jika tidak bernasib baik. Jadi, span di rumah perlulah ditukar setiap tiga minggu sekali.

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

  • Rebus 5 minit
  • Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit
  • Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar.

Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Semoga bermanfaat dan jaga kebersihan ya!

Baca juga: “Hmm Tak Tahulah Nak Makan Mana…” Rupanya Ini Tanda Anda Ada Masalah Food Anxiety

Sumber: Facebook Public Health Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×