DIY & Kraf

Asyik Ada Najis Kucing Dalam Rumah, Guna 2 Teknik Ini. Memang Menjadi!

3
SHARES
KUCING BERAK DALAM RUMAH

Masalah kucing berak dalam rumah adalah perkara biasa. Kadang-kadang bila kucing liar dah masuk rumah, pasti akan ada najisnya dan mulalah berak di tempat sama setiap hari.

Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama? Ini antara jalan penyelesaian boleh dipraktikkan seperti perkongsian Ida Shahida di laman Facebooknya. Ramai yang tak tahu lagi rupanya.

Baca juga: Stres Rumput Asyik Tumbuh? Guna Cara DIY Racun Rumput Di Bawah, Settle!

KUCING BERAK DALAM RUMAH? INI JALAN PENYELESAIANNYA

KUCING BERAK DALAM RUMAH

Menurut Ida, biasanya bila kucing dah mula berak dalam rumah, tempat itu akan dijadikan tandas dan akan ‘melepaskan hajat’ di situ setiap hari.

Jadi, bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, tuan rumah dinasihatkan untuk meletakkan makanan setiap hari. Ini kerana si bulus akan makan dan berlalu pergi tanpa berak di kawasan tersebut.

Selain itu, antara petua yang boleh dilakukan juga adalah ambil dua labu bawang putih bersama 3 hingga 4 batang serai. Potong dan kisar hingga hancur.

Bila sudah hancur campur dengan air dan tapis. Ambil air yang ditapis, masukkan dalam botol penyembur. Sembur di tempat yang kucing selalu kencing dan membuang najis.

Keesokkan hari pasti kucing tak berani nak berak di tempat yang sama. Selamat mencuba!

Baca juga: 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Perangkap Lalat, Seminggu Confirm Penuh!

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×