DIY & Kraf

Rawat Luka & Kurap Kucing Guna 2 Bahan Di Dapur Je, Memang Berkesan!

35
SHARES

Kalau ada kucing di rumah pasti risau jika bergaduh dengan kucing liar yang lain sehingga mencederakan diri mereka. Bila bawa ke klinik, risau pula nak sapu ubat yang diberikan kerana takut dijilat kucing.

Untuk lebih selamat dan lebih cepat menyembuhkan luka dan kurap kucing, anda boleh cuba buat sendiri sahaja menggunakan bahan semulajadi iaitu kunyit hidup dan minyak kelapa. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Petua Elak Kucing Berak & Kencing Merata, Sembur Je Bahan Ni

RAWAT LUKA & KURAP KUCING GUNA 2 BAHAN DI DAPUR JE

Mak sediakan resepi ubat sapu jika majikan kita luka sana sini. Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, selalu risau kalau depa terjilat kan?

Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ni untuk kita dan para majikan. Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!

Yang kita perlukan cuma 3 benda:

1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol

Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.

1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur saja.

2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi.  Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak tu. Agak-agak saja. Yang penting kita bersederhana saja.

3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Letak aje di satu tempat. Dalam tempoh ni minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.

4. Selepas 2 minggu warna dah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka majikan kita yang buas amat tu. Mereka menjilat? Tak ada masalah. Terus jadi ubat untuk mereka.

5. Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik.

Selama mana minyak ni elok?  Selagi tiada bau hapak. Kalau dah bau hapak tu maksudnya dah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan dah ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tak membazir.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Suhaili Baharudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×