DIY & Kraf

Petua Elak Kucing Berak & Kencing Merata, Sembur Je Bahan Ni

1.6K
SHARES

Memang stres kalau asyik kena basuh kencing dan tahi kucing bersepah-sepah dekat halaman rumah. Macam-macam dah cuba seperti letak air merah dalam botol tetapi tetap juga tidak berjaya. Adoi!

Jadi, hari ini jom kita tengok satu petua yang dikongsi oleh Zuriaty Musa sehingga mendapat 2.3 juta tontonan. Nampaknya mesti menjadi tu kan? Boleh la cuba untuk elakkan pencemaran bau di kawasan rumah.

Baca juga: Rupanya Guna Arang Je Boleh Hilangkan Bau Najis Kucing, Berkesan!

PETUA ELAK KUCING BERAK & KENCING MERATA, SEMBUR NI

Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Tak sampai 5 minit proses pembuatannya. Boleh terus sembur!

Bahan-bahan:

  • Dua labu bawang putih
  • 3 hingga 4 batang serai

Cara-caranya:

1. Hiris dan kisar semua bahan di atas.

2. Tapis dan ambil airnya. Sembur di tempat yang kucing selalu berak atau kencing.

*Kalau musim hujan kena buat dua minggu sekali. Mudah sahaja kan? Selamat mencuba! Tak ada lagi masalah bau busuk lah nampaknya.

VIDEO PENUH:

Sumber: TikTok Zuriaty Musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×