DIY & Kraf

Cara Buat Wet Food Untuk Anak Kucing, Lebih Jimat & Meow Pun Sihat!

11
SHARES

Bagi anda yang memelihara binatang peliharaan seperti kucing, sudah pasti telah bersiap sedia dengan pelbagai keperluan untuk memastikan anak kucing sentiasa sihat dan gebu. Selain memberikan anak-anak kucing dengan makanan kering, anda juga dinasihatkan memberi makanan basah atau wet food kepada mereka supaya sistem penghadaman pun lancar. Tapi, mahal juga wet food yang dijual di pasaran kalau selalu nak kena beli kan?

Jangan risau, anda sekarang dah boleh buat wet food untuk anak kucing sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah dan mudah didapati. Yang paling penting sekali adalah lebih menjimatkan!

Baca juga: Kucing Jiran Berak Merata, Pemilik Kucing Boleh Didenda RM1000!

Cara Buat ‘Wetfood’ Untuk Anak Kucing

Memang banyak JIMAT bila buat sendiri makanan kegemaran anak bulus. Dapat banyak dah tahan berminggu-minggu.
Bahan pun senang dan sangat mudah nak buat.

Bahan-bahan

– Ikan tongkol / tuna / ayam

– Carrot

– Agar2 tali

– Vitamin Kucing (https://shope.ee/8KDbCJXeSo)

STEP 2

– Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak..

STEP 3

-Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil..boleh blender sekali tulang dan tapis.

STEP 4

-Blender isi ikan tadi dengan carrot menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur

STEP 5

-Dah hancur tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkn api dan masak seketika.

STEP 6

-Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi..separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar2 = 1kg ikan/ayam

STEP 7

-Masak agar-agar tadi sehingga hancur..Dah hancur boleh tutup api.

STEP 8

-Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.

STEP 9

-Agak-agak dah suam-suam kuku kucing…bolehlah letakkan sikit vitamin kucing. Sukat yee cukup 0.5ml taknak letak pun xpa, pilihan.

Tadaaa siap 4 bekas = 1 minggu

1 hari 5-6x makan (3 sudu besar) Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15. Selamat mencuba!

Sumber: Azran Dugoh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×