Deko & Hias

Petua Untuk Elak Kucing Berak Merata, Hanya Guna Bawang Putih & Serai Sahaja

156
SHARES

Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.

Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.

Baca juga: 5 Restoran Makanan Korea Yang Selalu Penuh Setiap Kali Hujung Minggu, Wajib Pergi!

Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.

Bahan-bahan:

  1. 2 labu bawang putih
  2. 3 atau 4 batang serai
  3. Botal spray

Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.

Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.

Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.

Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.

Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!

Selamat mencuba semua.

VIDEO PENUHΒ 

@zuriaty_musa

Ramuan hebat utk suami amalkan supaya tenaga dalam jadi power tapi org ppuan pun boleh amalkan . Masa nak amalkan kena baca Ya Mutakkabbir 10kali dalam satu nafas . Insyallah tenaga jadi kuat dan padu . Cubalah mana tahu dengan asbab ini hubungan suami isteri lagi bahagia #tipssuamiisteribahagia #tiktokguru #kaktysukashare #bawangputih

♬ original sound – 𝗔π—₯π—”π—•π— π—¨π—¦π—œπ—–

Sumber: Tiktok zuriaty_musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×