Dapur

5 Restoran Makanan Korea Yang Selalu Penuh Setiap Kali Hujung Minggu, Wajib Pergi!

11
SHARES

Tidak dinafikan, selain makanan Barat dan makanan Thai, makanan Korea juga merupakan makanan luar yang kena dengan citarasa orang Malaysia. Bagi yang menggemari K-drama atau rancangan-rancangan dari negara Korea, pasti anda akan biasa lihat makanan-makanan Korea yang ternyata menyelerakan.

Keadaan sudah tidak sesukar dulu. Jika dahulu anda perlu terbang ke Korea untuk menikmati hidangan Korea tetapi kini di Malaysia sahaja sudah banyak restoran yang menyajikan makanan Korea. Apa yang penting makanan Korea di sini dijamin halal.

Baca juga: 10 Manfaat Garam Epsom Pada Tanaman Untuk Kesuburan Pokok & Cara Kegunaan

Berikut merupakan restoran makanan korea:

1. Sweetree Restaurant 

Peminat makanan Korea wajib datang Sweetree Restaurant. Ayam goreng Korea pedas dan diperap istimewa menanti anda. Nak makan dengan keju cair pun ada! Ia juga menawarkan banyak lagi makanan Korea seperti kalbi, kimbab, toppokki, bibimbap dan macam-macam lagi. Makanan western dan pencuci mulut bingsoo dan aneka kek pun ada. Memang rugi kalau tak cuba dekat sini.

Antara menu yang menjadi kegilaan ramai cheese chikin RM 65.90, haemul toppokki RM 28.90, dolsot bibimbap beef/chicken RM 27.90 dan Yuk Gae Jang RM 29.90.

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu : 11.00 pagi hingga 12.00 malam.

Ahad: 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam dan ditutup setiap Selasa.

2. K Street

Restoran yang dahulunya dikenali sebagai The Street Cafe ini merupakan antara restoran yang terkenal sekitar SS15. Yang penting, makanan Korea yang disajikan memang sedap dan halal. Menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah kimchi, bibimbap, bulgogi, dakgalbi, jajangmyeon dan ramen. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar, jadi ianya bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan.

Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam.

3. Eid Authentic Korean Cuisine

Eid Authentic Korean Cuisine halal yang dahulunya terletak di Itaewon kini membuka cawangan di Malaysia. Dimiliki oleh mualaf Korea, ia bukan sahaja menghidangkan ayam goreng perap, ikan goreng perap pun ada. Sajian Korea asli yang lain juga boleh dicuba seperti bulgogi, bibimbap dan penkek.

Alamat :No 8-19-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 11.30 malam.

4. B.Station 

Bukan sahaja hidangan Korea yang menjadi tarikan utama di B.Station, malah dekorasinya juga turut dipuji. Comel dan santai, persis kafe di Korea! Antara menu yang boleh didapati di restoran B.station ini ialah sundubu-jjigae,kimchi jigae, spicy beef soup, kimchi soup dan seafood pancake. Untuk minuman pula, kopi merupakan minuman yang disyorkan oleh ramai pelanggan. Harga untuk spicy beef soup RM 22.00 dan beef soup RM 20.

Alamat: C14, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10.30 pagi – 10 malam.

5. Pelicana Chicken 

Pelicana chicken menghidangkan dengan pilihan lima perisa iaitu original crunchy, original peli, spring onion peli, dan charcoal BBQ peli, anda pasti dapat merasai perbezaannya dengan ayam goreng lain. Portion yang ditawarkan juga cukup besar dan sesuai dinikmati bersama rakan dan keluarga.

Alamat : T 23A, Atria Shopping Gallery, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sumber: Saji.My, Portal 1Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×