Dapur

Sedapnya Tengok Oppa Makan..Ini Resepi Kimchi Menjadi ‘Teruk’ Walaupun Tak Cukup Bahan

10
SHARES
resepi kimchi

Sebut sahaja negara Korea sudah pasti kita terbayang pelakon-pelakon kacak KDrama yang sering menghiasi kaca televisyen di rumah. Selain itu, makanan yang disajikan terutama sekali kimchi memang nampak menggiurkan tambah pula kalau dapat makan bersama ‘oppa’ kacak tersebut kan? Tapi, apakah resepi kimchi yang paling menjadi kalau tak cukup bahan macam di Korea?

Jangan risau kalau tak boleh terbang ke Korea, kerana anda dah boleh buat kimchi rasa sama macam makan di sana walaupun bahan-bahan tak cukup. Bukan itu sahaja, resepi ini juga memang kena sangat dengan tekak orang Melayu yang baru nak cuba makan makanan Korea!

RESEPI KIMCHI MENJADI ‘TERUK’ WALAUPUN TAK CUKUP BAHAN

resepi kimchi sedap

Al-kisahnya, tadi pi pasaraya tengok seksyen clearance barang basah terjumpa kobis panjang RM 1.20 seikat besaq. Nak layu layu sikit kat bahagian luaq tapi dalam elok lagi. Pulak ada jugak lobak putih tapi patah muncung dah. 50sen. Carrot 3 batang seplastik 98sen yang hitam satu. Kitanya teringin nak makan kimchi. alang-alang tu beli jelah, merajinkan diri buat, kadang kalau beli yang ready made selalunya acidity dia too much. Pastu pedas sangat, i kennot tahan. Sudahnya terhasil 4 botol untuk stock setahun, costing semua, RM 2.70. Garam gula bawang halia kicap sotong serbuk cabai tepung beras memang ada kat rumah dah. Harini tidoq peluk kimchi sebab rasa menang membeli. k lah bye.

BAHAN BAHAN POTONG (semua bahan potong ikut saiz mulut)

-Kobis panjang (rendam dengan garam yang banyak selama 2 jam pastu bilas 3x)

-Bawang holland (optional, saya letak sebab saya suka)

-Daun bawang (saya tak suka so saya tak letak)

-Lobak putih

-Carrot

(bahan-bahan bergantung pada banyak mana makan)

BAHAN BAHAN BLEND

1.Bawang besar sebijik, bawang putih selabu, halia seinci, sebiji buah lai atau epal merah (optional, ada takpa, takda takpa)
udang kering dua jemput (takda pakai ikan bilis takpa tapi kalau dua dua takda, tak payah letak)

-MASA BLEND LETAK AIR MASAK SIKIT JE AGAK-AGAK LEPAS UNTUK BLEND SEBAB KALAU BANYAK AIR TAK SEDAP NANTI

resepi kimchi sedap

BAHAN BAHAN PERISA

-Serbuk cili ikut kepedasan masing-masing. (saya guna brand BABAS je tayah la korea gochujang apa, guna je ape ade)

-Garam gula kicap ikan atau kicap sotong secukup rasa. (saya suka manis-manis pedas, so saya lebihkan gula sikit)

BAHAN KUAH

2.Tepung beras dimasak atas api sampai kental. (takda, boleh guna tepung pulut, tepung jagung. takda jugak ? Skip jelah takyah letak)

CARA-CARA

-Gaul semua bahan dengan sebati. Masukkan dalam bekas kegemaran, tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. Bimbang buka-buka tuppaware meletup kena muka, bangggg debushhhhh~. nak cepat makan, letak kat luar 2-3 hari. Lepastu boleh makan, lepastu masuk peti sejuk ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan.

Sumber: Ika Ezzati Kamal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×