Bagi peminat drama Korea, pasti anda akan terliur setiap kali melihat para pelakon makan masakan Korea bukan? Salah satu menu yang memang boleh buat orang terliur adalah Rabokki dan ini bukanlah makanan yang asing buat mereka. Bagi anda yang tidak tahu, Rabokki merupakan campuran tteokbokki dan mi segera. Merupakan antara street food yang terkenal di Korea, hidangan ini sangat enak dinikmati terutama pada hari hujan. Jom try resepi rabokki yang sedap ini!
Baca juga: Cara Buat Telur Dadar Crispy Macam Kedai Tomyam
RESEPI Rabokki (Tteokbokki + Ramen)
Sesuai disajikan sebagai snek minum petang. Bahan yang diperlukan adalah:
1. Kek Beras Korea atau Tteokbokki
2. Pes cili gochujang
3. Kepingan halus cili gochugaru (chili flakes)
4. Kiub pati ikan bilis
5. Kicap cair
6. Gula/madu
7. Mi segera, telur rebus dan kepingan rumpai laut.
CARA-CARA
1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea (resepi saya nyatakan di bawah)
4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
Campuran pes cili
-2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
-1 sudu makan serbuk Gochugaru (Kepingan halus cili kering Korea)
-1 sudu besar gula putih atau madu
-3 sudu besar kicap cair
-Kacau sebati.
-Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera satu pek. Tambahkan sosej.
-Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.
Sumber: Zurina Zulkefli