DIY & Kraf

10 Manfaat Garam Epsom Pada Tanaman Untuk Kesuburan Pokok & Cara Kegunaan

27
SHARES

Garam epsom adalah mineral alami yang terbuat dari magnesium sulfat yang terhidrasi. Garam epsom ini memang memiliki bentuk yang mirip dengan garam dapur yang biasa digunakan untuk menambahkan rasa pada masakan. Namun, jika garam dapur memiliki rasa masin, garam epsom ini memiliki rasa pahit yang tidak enak di lidah.

Garam epsom mampu meningkatkan tenaga pada tanaman, yang memungkinkan tanaman menghasilkan buah yang lebih sihat dan manis. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG, Masak 10 Jenis Cendawan Ini Untuk Anak

10 MANFAAT GARAM EPSOM

1. Meningkatkan percambahan benih

Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih.

Cara guna: 

1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1-2 sudu gaul dgn tanah semaian.

2. Meningkatkan penyerapan nutrien (akar pokok)

Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur). Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.

Cara guna:

1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekelilng pokok.

3. Mengelak transplant shock (pokok terkejut selepas alih pasu atau ke tanah)

Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah. Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna epsom salt.

Cara guna:

Tabur epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.

4. Daun kekuningan

Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.

Cara guna:

Tabur atau siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula

Kadar: Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali.

5. Elak daun kerinting (pokok cili)

Mencegah leaf curling dengan epsom salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar epsom garam dalam segelas air dan siram terus kepada daun.

Cara guna:

2 sudu + 4 liter air siram pada daun sebulan sekali

6. Mengelak perosak tanaman

Elak siput, ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik-jentik di dalam bekas hydroponic. Perlu diingat bahawa epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt.

Cara guna:

Tabur tempat yang bermasalah.

7. Manis Buah

Tabur epsom salt pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.

Pokok anggur dan pokok buah buahan.

Cara guna:

Kadar: Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali

Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali

8. Baik untuk pokok tomato menjadikan buah lebih manis

Cara guna:

2 sudu setiap 4 liter siram setiap 2 minggu.

9. Untuk melebatkan buah (cili) buah lebih besar dan lebih pedas

Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.

Cara guna:

Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.

10. Pokok rose lebih cantik bunga lebih besar

Guna epsom salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap. Guna ketika awal penanaman , ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkemban.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×