DIY & Kraf

Stres Rumput Asyik Tumbuh? Guna Cara DIY Racun Rumput Di Bawah, Settle!

24
SHARES
cara buat racun rumput

“Hmm macam mana cara buat racun rumput ya…”

Sakit betul mata bila tengok rumput penuh di halaman rumah yang tumbuh di celahan batu dan simen. Kalau upah orang cabut, mahal pula kosnya maka terpaksalah cabut sendiri sahaja sampai sakit pinggang. Adoi!

Jadi, jalan penyelesaian adalah buat sendiri sahaja racun rumput seperti yang dikongsikan oleh Hamidah Saad di laman Facebooknya. Nak tahu macam mana cara buat racun rumput menggunakan bahan di rumah sahaja? Kena baca artikel di bawah. Sekali sembur, terus rumput mati.

Baca juga: Tak Payah Beli Mahal-Mahal, Ini Cara DIY Pasu Pemanggang Ayam

CARA BUAT RACUN RUMPUT SENDIRI GUNA BAHAN DI RUMAH

cara buat racun rumput

Bahan-bahan:

  • Garam kasar
  • Sunlight
  • 500ml air
  • Bekas
  • Sabun serbuk
  • Ragi
  • Corong
  • Sudu kecil
  • Baldi kecil

Cara penyediaan:

– Isikan 500ml air ke dalam baldi.

cara buat racun rumput

– Masukkan 6 biji ragi dan hancurkan.

cara buat racun rumput

– Masukkan sunlight 1/2 scoop, sabun serbuk 1 scoop dan garam kasar 3 sudu. Kacau hingga sebati.

cara buat racun rumput

cara buat racun rumput

cara buat racun rumput

cara buat racun rumput

– Guna penapis untuk masukkan ke dalam botol dan boleh mula menyembur rumput yang tumbuh di celahan simen atau batu.

cara buat racun rumput

Hasil setelah biarkan semburan selama enam hari. Rumput mati sendiri tanpa perlu dicabut.

cara buat racun rumput

Mudah kan? Hanya sembur sekali sahaja dan biarkan sehingga rumput mati. Tak perlu sembur setiap hari ya. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Hamidah Saad

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×