DIY & Kraf

Elak Tanaman Diserang Lalat Putih, Ini Cara Buat Racun Organik Paling Mudah

48
SHARES
CARA BUAT RACUN ORGANIK

Kalau tanam pokok cili, tomato dan terung di rumah, pasti masalah yang sering dihadapi adalah serangga perosak menyerang tanaman sehingga hancur. Pening kepala dibuatnya bila semua cara sudah digunakan tetapi masih lagi gagal untuk ‘menghalau’ mereka.

Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, apa kata anda cuba buat racun organik sendiri seperti dilakukan oleh Syamimah untuk tanamannya. Cara buat racun organik yang dikongsikan mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan di dapur sahaja tapi hasilnya? Memang lumayan!

Baca juga: Wah! Tanam Bawang Putih Guna Cara Macam Ni Lebih Menjadi Rupanya…

CARA BUAT RACUN ORGANIK ELAK TANAMAN DISERANG LALAT, SIMPLE!

Cara buat racun organik

Dijamin selamat, mudah dan murah.

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 300ml air

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Peram bahan yang dikisar selama 24 jam. Tutup dengan kain untuk elak serangga masuk.

3. Selepas 24 jam, tapis bahan tadi dan ambil patinya sahaja. Hampas kisaran boleh ditabur pada tanaman.

4. Untuk tahan lama, lebihan pati boleh simpan dalam peti ais. Pastikan label dulu, takut terminum!

CARA BUAT RACUN ORGANIK

Untuk kegunaan semburan:

– Pastikan tambah 1 liter air ke dalam 60ml pati.

– 1 sudu makan minyak masak

– 1 sudu teh pencuci tangan

*Sedia untuk digunakan.

Tips untuk semburan:

CARA BUAT RACUN ORGANIK

1. Sembur masa lewat petang. Dalam pukul 6 petang ke atas sebab sifat semula jadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi sembur waktu lewat petang adalah paling sesuai.

2. Fokus sembur pada bahagian bawah daun sebab dekat situ tempat ‘mereka’ berhimpun.

3. Gunakan nozzle semburan yang paling halus ataupun yang berkabus adalah lebih baik.

4. Sembur seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, sembur selang 2 hari sehingga serangga hilang.

5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, sembur lebih kerap sebanyak 3 kali seminggu sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih senang diserang perosak.

Cara ini memang berkesan untuk menghalau serangga perosak. Yang penting kena rajin dan konsisten sembur. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Syamimah Binti Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×