DIY & Kraf

Cara Perangkap Cicak Guna 2 Benda Sahaja, Seribu Cicak Mati!

829
SHARES

“Banyaknya cicak dekat rumah! Gelinya, macam mana ni…”

Nampak kecil tidak berbahaya tetapi cicak sememangnya menggelikan dan kalau seekor cicak beranak pinak jadi keluarga dan berketurunan, memang rasa tak selesa dan keadaan rumah sudah tentunya dipenuhi dengan tahi cicak.

Pelbagai cara dan tips dicuba untuk menghilangkan cicak di rumah tetapi tidak menjadi. Apa kata guna cara perangkap cicak seperti Affaziah cuba dan dikongsi di laman Facebooknya. Hanya 2 benda sahaja digunakan tetapi hasil memang puas hati!

Baca juga: Cara Viral Hilangkan Nyamuk Guna 1 Bahan Sahaja, Mudah & Menjadi!

CARA PERANGKAP CICAK GUNA 2 BENDA SAHAJA, SERIBU CICAK MATI!

Maaf kalau gambar ini menggelikan, saya nak share tips mudah dan murah untuk bunuh cicak. Gambar dekat bawah ini hasil rumah kampung saya yang ditinggalkan selama 3 minggu. 

Untuk kali pertama total cicak dapat 54 ekor, banyak kan? Satu keluarga cicak boleh melekat. Caranya mudah sahaja. 

Cara-caranya:

– Cuma perlu gunting dengan plastik tape dan tampal merata tempat di laluan cicak.

– Pastikan hanya tampal hujung tape sahaja dan terbalikkan bahagian yang ada gam tu ke atas. Cuma hujung dengan hujung je tampal dekat lantai.

Mudah kan? Memang lepas ni tak ada lagi masalah cicak di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Ct Affaziah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×