DIY & Kraf

Guna 2 Alat Ini Untuk Perangkap Cicak, Semua Cicak Mati!

3
SHARES

“Banyaknya cicak. Aduiii..”

Sebut sahaja cicak, pasti ramai dalam kalangan anda yang geli dan takut. Lagi pening kepala kalau dekat rumah penuh cicak sehingga menganggu ketenteraman.

Untuk mengelakkan masalah cicak berleluasa di rumah, apa kata anda DIY perangkap cicak seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook. Hanya 2 alat sahaja tapi semua cicak mati!

Baca juga: Cara Viral Hilangkan Nyamuk Guna 1 Bahan Sahaja, Mudah & Menjadi!

GUNA 2 ALAT INI UNTUK PERANGKAP CICAK, SEMUA CICAK MATI

Semalam jadi tukang tangkap cicak, kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.

Bahan & alat:

  • Keratan kotak
  • Double sided tape saiz lebar
  • Gunting

Umpan: nasi & cebisan ikan bilis

Kos: lebih kurang RM2

– Potong kotak ikut size yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.

– Double sided tape lagi lebar lagi bagus.

– Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pula.

– Letak umpan dekat tengah-tengah perangkap.

Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran. Hasil tangkapan memang puas hati dan tiada lagi masalah cicak penuh di rumah. Wah!

Sumber: Facebook محمد سنوسي

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×