Deko & Hias

6 Jenis Tanaman Mampu Jadi Penghalau Serangga Perosak, Tak Payah Risau Lagi!

10
SHARES

Ada cara lebih jimat untuk menghalau serangga perosak di laman rumah menggunakan enam pokok ini sahaja sekaligus mengelakkan penggunaan racun, anda juga tidak perlu risau kesan sampingan nanti.

Serangga perosak tanaman merupakan musuh utama kepada mereka yang gemar berkebun. Serangga perosak ini memakan daun, merosakkan batang atau buah, menghisap cairan tanaman dan sebagainya. Kehadiran serangga perosak tanaman ini mestilah dikawal bagi mengelakkan kemusnahan tanaman.

Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

Tanam sayuran tanpa mengguna racun serangga.

Tanaman penghalau serangga perosak yang perlu ada di taman kebun anda:

1. Kucai

Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.

2. Pudina

Hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

3. Petunia

Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang.

4. Bayam Duri

Bayam duri adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir-pinggir kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

5. Ulam Raja

Ulam Raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

6. Ketumbar 

Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

Cara posisi tanaman

Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok-pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pd serangga perosak di kebun anda.

Nota

Tumbuhan penghalau serangga yang lain ialah:

1. Serai wangi

2. Daun kesum

3. Daun pandan

4. Kemangi

5. Bawang

6. Limau purut

Moga bermunafaat

Sumber: Facebook Mahadzir Hashim 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×