DIY & Kraf

Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

16
SHARES

Kepentingan penjagaan alam sekitar telah dititikberatkan oleh masyarakat termasuk tanaman organik yang melibatkan penggunaan baja atau racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia yang berbahaya. Hal ini bukan sahaja diguna pakai oleh para petani tetapi suri rumah yang menanam juga menggunakannya sebagai hobi bagi kegunaan sendiri.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan kaedah ini dapat mengurangkan kos dan bahan boleh didapati dengan mudah kerana hanya boleh menggunakan barangan harian daripada dapur.

Baca juga: Cara Simpan Bahan Basah Hingga 4 Hari, Sesuai Untuk Berkhemah

Semburan organik bawang putih.

Bahan-bahan:

  1. Cili padi 6 tangkai
  2. 5 ulas bawang putih
  3. Halia 3 hiris
  4. Sesudu minyak masak
  5. Sesudu cecair pencuci pinggan
  6. Air paip 250ml


1. Kisar sehingga lumat bahan seperti cili padi, bawang putih, halia dan tambahkan sedikit air.

2. Tuang ke dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.

3. Selepas 12 jam, tapis bahan-bahan yang telah dikisar.

4. Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkan ke dalam botol spray. Campur sesudu minyak masak dan sesudu cecair pencuci pinggan .Goncang kan. Sedia untuk digunakan.

5. Spray pada pokok-pokok yang mempunyai masalah kutu thrip, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.

6. Lakukan pada sebelah petang sahaja selepas siram pokok. Terpakai untuk semua jenis tanaman berumur sebulans setengah ke atas. Lakukan seminggu dua kali.

6. Pati semburan organik boleh disimpan ke dalam peti sejuk dan tahan untuk tempoh 3 bulan.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×