DIY & Kraf

Cara Simpan Bahan Basah Hingga 4 Hari, Sesuai Untuk Berkhemah

9
SHARES

Musim cuti sekolah telah pun tiba, pastinya ibu bapa telah membuat perancangan untuk bercuti bersama anak-anak. Salah satu aktiviti yang boleh menjimatkan kewangan adalah berkhemah (camping). Selain menjimatkan ianya juga boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan bersama keluarga tetapi boleh bersama rakan-rakan.

Keperluan penting untuk berkhemah ialah stok makanan, tanpa peti ais pasti akan mendatangkan masalah untuk menyimpan semua stok makanan terutama makanan basah. Jadi ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Atasi Tombol Pintu Yang Selalu Terkunci, Ada 2 ‘Settings’ Untuk Tukar Mode!

Barang-barang: 

  1. Bekas ais putih polisterin
  2. Botal air mineral beku
  3. Aluminium foil
  4. Wallpaper untuk balut kotak polisterin

Balut luar dan dalam bekas ais putih polisterin guna wallpaper. Kalau nak lagi tahan, balut guna wallpaper dan lapis bahagian dalam dengan alumnium foil.

Bekas ais putih polisterin itu dibalut adalah untuk tiada lubang udara. Haba luar akan lambat masuk dan suhu sejuk dalam bekas akan lebih tahan lama.

Sebelum itu, bahan yang hendak diletakkan ke dalam bekas ais putih polisterin seperti nugget, sosej, ikan, ayam dan sebagainya perlu lah dibekukan terlebih dahulu.

Letakkan botol air mineral yang sudah dibekukan di bahagian bawah paling bawah dengan cara baringkannya. Kalau boleh bekukan botol mineral banyak -banyak.

Setelah itu, letak barang makanan yang sudah dibekukan dan baru boleh letak air mineral. Dalam masa yang sama selitkan botal mineral beku diantara barang-barang frozen tersebut.

Sebelum tutup, letak 2 ais beg di atas dan tutup rapat dan kemas. Hal ini untuk mengelakkan haba luar tidak boleh masuk.

Setelah 4 hari 3 malam, ais masih lagi beku dalam botol. Barang-barang basah masih elok dan masih boleh bawa balik rumah.

Info: Bekas ais putih polisterin itu lebih perform dari cooler box biasa. Cooler box biasa itu sehari sahaja boleh tahan.

Sumber: Facebook Nazlin Firdaus 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×