DIY & Kraf

Cara Atasi Tombol Pintu Yang Selalu Terkunci, Ada 2 ‘Settings’ Untuk Tukar Mode!

3
SHARES

Memang panik juga bila tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang diri yang berada di rumah. Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan ataupun umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak sekali pun, janji diri selamat.

Namun, tahukah anda sebenarnya tombol pintu mempunyai 2 ‘mode settings’ iaitu normal dan sentiasa kunci seperti yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib. Dia menyatakan setting ini kebanyakan ada pada tombol pintu yang ada punat kunci.

Baca juga: Petua Sejukkan Badan & Kurangkan Demam Dengan Minum Air Barli Halia

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

ADA 2 ‘SETTINGS’ PADA TOMBOL PINTU

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:

1. Keadaan sentiasa kunci, dan

2. Keadaan normal.

CARA UNTUK MENUKAR MODE TOMBOL PINTU KEPADA NORMAL

1. Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci.

2. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

SETTINGS INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN PADA TOMBOL PINTU YANG ADA PUNAT KUNCI 

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang-kadang, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.

Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.

Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Rusyaidi Husni Abdul Latib 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×