Deko & Hias

Resipi Baja Organik Terbaik Guna Bawang Merah, Tanaman Makin Subur & ‘Bersih’ Serangga Perosak!

1
SHARES
cara membuat baja organik

Sekarang ini, ramai pekebun gemar menggunakan baja organik daripada bahan dapur kerana keberkesanannya dan jimat kos pengeluaran. Disebabkan itu, penulis ingin kongsikan cara membuat baja organik terbaik dari bahan dapur di rumah anda.

Hanya menggunakan bawang merah sebagai bahan utama, tanah dan tanaman anda pasti hidup subur dan selamat dari serangan ulat serta serangga perosak! Jom lihat resipi baja organik di bawah.

Baca juga: Mengejutkan! Ini 10 Manfaat Air Cucian Ikan Pada Tanaman, Patutlah Ramai Orang Guna!

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK DARI BAHAN DAPUR

cara membuat baja organik

Gambar: Pon Santan

Saya nak kongsikan baja organik DIY yang berkesan untuk tanaman dan poket anda guna bahan dapur iaitu baja bawang merah organik.

BAJA BAWANG MERAH ORGANIK

  • bekas bertutup
  • 1kg bawang merah dicincang bersama kulit
  • 1kg gula merah
  • 2 sudu besar ajinomoto atau 1 paket yang paling kecil (pilihan)
  • 2 sudu besar garam epsom salt (pilihan)

*Ajinomoto dan epsom salt untuk tambah kick, tak letak pun tak apa cuma guna 2 bahan bawang merah dan gula merah.

Cara penyediaan:

  1. Cincang bawang merah berserta kulit dan masuk ke dalam bekas.
  2. Lapisan 1 bawang lapisan 2 gula merah dan seterusnya berselang-seli sehingga habis bahan-bahan.
  3. Masukkan ajinomoto dan garam epsom salt.
  4. Tutup bekas dan peram seminggu tetapi tempoh 3-5 hari pun dah boleh guna.

Baca juga: Kaedah Paling Mudah Suri Rumah Tanam Sayur, Guna Botol Plastik & Tangan Pun Tak Kotor Tanah!

Cara penggunaan:

  1. Ambil air tapisan bawang tadi 20-50ml atau 3 sudu besar campur bersama air 1 liter air tanpa klorin/air kolam ikan/air hujan  (klorin akan mematikan patogen / mikroorganisma yang dibiak sebagai baja untuk tanaman).
  2. Kalau ada air basuhan beras lebih bagus.
  3. Isi dalam botol pressure sprayer 1 liter dan terus spray kepada daun dan siram pada tanah, Insha Allah pokok gemuk, daun lebar hijau,
  4. Boleh guna pagi dan petang, ulang 3 hari berturut-turut.
  5. Selepas itu, buat rutin semburan dan siraman pada tanah secara berkala 1 minggu 2 kali atau selang 2 minggu (selang 2 hari atau 3 hari sekali pun boleh).

*Kalau terlebih campur baja, contoh masuk 100 ml kepada 1 liter air pun tak apa, tak menjejaskan tanaman.

*Jika ada psb atau em, boleh campur bersama ke dalam campuran baja dan air 1 liter ini lebih tambah power.

Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!

Nota:

Bau baja bawang ini boleh mencegah dan menghalau ulat serta serangga yang mengganggu tanaman. Air baja ini juga sebagai penggalak kehadiran cacing bagi membantu kesuburan tanah.

Saya juga amalkan semburan setiap hari ke tanah yang belum ditanam selama 3 atau 4 hari sebelum memulakan tanaman sebagai baja awal kepada tanaman. Sisa bawang merah setelah habis air baja digunakan, terus tabur ke tanah sebagai medium baja tambahan.

Nak tahu cara jimat poket buat racun serangga dan ulat organik, klik artikel ini.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Baca juga: Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!

Sumber: Pon Santan

FT Image: Pon Santan / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×