Deko & Hias

Ini Formula Mudah Buat Baja Organik Dari Sisa Dapur, Proses Peram Penting Tau Baru Jadi!

11
SHARES
cara buat baja organik

Formula atau resipi baja organik amat mudah untuk dihasilkan iaitu dengan menggunakan pelbagai sisa-sisa bahan dapur. Melalui perkongsian Pyan Sempoy cara buat baja organik sisa dapur ini adalah daripada bahan-bahan sayur, buah dan segala apa yang tidak dimakan, busuk, tamat tempoh atau basi.

Nak tahu resipi menghasilkan baja organik dan cara penggunaannya, mari ikuti maklumat tanaman di bawah!

Baca juga: Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

CARA BUAT BAJA ORGANIK SISA DAPUR

baja organik

Gambar: Pyan Sempoy

Baja organik dari sisa-sisa dapur, senang saja nak buat. Bahan-bahan daripada sayur, buah dan segala macam dari apa yang tidak dimakan, busuk, expired atau basi.

Jangan dibuang itu semua, lebih baik dijadikan baja untuk tanaman kita. Senang saja pun nak buat.

Baca juga: BONSAI KELAPA Tanaman Hiasan Rumah Mudah Jaga & Unik, Ikuti 6 Langkah DIY Ini!

Bahan-bahan dan cara penyediaan

cara buat baja organik

Gambar: hasil yang dah lama diperam khusus untuk semburan pada pokok buah-buahan dan sayur berbuah (kiri), yang ini pun dah lama jadi. Spora putih tanda baja dah cukup matang & mikrob sangat aktif. Semua yang saya peram dalam bekas-bekas kecil akan saya campurkan dalam tong cat ini bila dah jadi khusus untuk siram ke semua tanaman setiap hari seminggu sekali (kanan) – pyan sempoy

Kali ini saya guna:

  • Kulit bawang merah besar dan putih
  • Kulit dan pulur nenas
  • Kulit terung
  • Bendi busuk
  • Nasi basi
  • Bayam brazil
  • Cili busuk
  • Sisa kobis
  • Bunga kobis
  • Air cucian ikan dan beras
  • Sedikit gula merah
  1. Kisar sahaja semua senang kerja.
  2. Kemudian, masukkan dalam bekas yang boleh ditutup rapat, tak kisah lah nak guna apa pon (botol air mineral, balang kuih, botol minyak, tong cat atau lain-lain bekas).
  3. Peram sampai hilang bau busuk, sampai ada bau macam tapai masam-masam manis begitu.
  4. Paling kurang pun sebulanlah kena peram, kalau nak cepat lagi kena lah campur yakult/em/ragi tapai atau baja organik yang dah jadi dan seminggu sekali kena buka dan kacau.

Baca juga: Tips Tanam SERAI DALAM PASU, Buat Secara Serong Lebih Cepat Pokok Membesar!

Cara menggunakan baja organik yang sudah jadi

cara buat baja organik

Gambar: ini dia hasil lepas dikisar semuanya (kiri), yang ini hasil dari peraman bayam brazil + nasi basi + air cucian beras + gula merah (kanan) – Pyan Sempoy

Cara guna baja organik yang dah jadi boleh disiram atau disembur (foliar) pada semua jenis tanaman anda seminggu sekali.

  1. Kalau nak siram campurkan 1 liter baja dengan 10-20 liter air bergantung pada tahap kepekatan baja yang dihasilkan.
  2. Kalau nak buat semburan kena tapis dulu baja.
  3. Campur 1 tutup botol air mineral pati baja dengan 1 liter air.
  4. Sembur keseluruh pokok (daun & batang).

Baca juga: Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

Sumber: Pyan Sempoy

FT Image: Pyan Sempoy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×