Deko & Hias

BONSAI KELAPA Tanaman Hiasan Rumah Mudah Jaga & Unik, Ikuti 6 Langkah DIY Ini!

13
SHARES
bonsai kelapa

Jenis bonsai Jepun merupakan tanaman popular yang sering kelihatan di rumah masyarakat Cina kerana menyimpannya ibarat fengshui untuk keseimbangan alam. Namun kini, jenis bonsai kelapa telah mendapat tempat di hati masyarakat kerana keunikannya, selain mudah dijaga.

Tambahan pula, ia mudah didapati kerana daripada pokok kelapa sahaja! Menariknya lagi, siapa sangka pokok kelapa yang tumbuh menegak boleh dilentur sampai menjadi tanaman hiasan bonsai. Nak tahu langkah-langkah penanamannya, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Tips Tanam SERAI DALAM PASU, Buat Secara Serong Lebih Cepat Pokok Membesar!

BONSAI KELAPA

bonsai kelapa

Gambar: Property Guru

1. Pilih kelapa bonsai yang betul

Tahukah anda terdapat tiga jenis bonsai kelapa yang sesuai digunakan untuk menghasilkan tanaman hiasan dalam pasu ini? Hanya kelapa tua gading merah, gading susu dan albino yang masih berada di pokok sahaja boleh dijadikan bonsai.

Nak kualiti bonsai kelapa anda lebih baik, petik dari pokok kelapa yang banyak akar!

2. Semaian biji benih

pokok bonsai

Gambar: Property Guru

Gunakan kreativiti sendiri untuk meletakkan tempurung kelapa, sama ada dalam posisi tampuk menegak atau melintang. Setelah itu, letakkan benih kelapa di atas tanah dan siram dengan banyak air.

Tunggu dalam tempoh 1-2 minggu, akan kelihatan tunas mengelilingi akar dan tumbuh tinggi atau mengiring seakan siput bergantung pada posisi masing-masing.

Baca juga: Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

3. Tempurung kelapa dalam keadaan bersih

pokok bonsai

Selepas tunas tumbuh, kini bersihkan tempurung dan sabut kelapa. Caranya adalah:

  1. Kupas secara berhati-hati agar tidak mencacatkan tunas dan akar yang baru tumbuh.
  2. Jangan ada bulu-bulu halus, jadi hilangkan ia dengan pisau atau gosok sehingga licin dengan kertas pasir.

Tips lain untuk elak tempurung cepat pecah semasa panas, tambahkan cat dengan macam-macam warna.

4. Proses menanam

bonsai kelapa

Gambar: Property Guru

  1. Pastikan pasu sesuai dengan saiz kelapa.
  2. Masukkan tanah serta campuran air dan pupuk kendang, nisbah 2:1:1.
  3. Suhu kena sentiasa lembap.

Kalau nak bonsai tumbuh cepat:

  1. Ambil botol bekas air mineral dan tutup tunas kelapa yang muncul.
  2. Kemudian, potong botol tersebut sepanjang 5 cm.
  3. Seterusnya tanamkannya ke dalam pot atau pasu yang disediakan.

Baca juga: Cara Mudah Tanam TIMUN Dengan Betul, Ikut Tips A-Z Ini Baru Gemuk-Gemuk Hasilnya!

5. Membentuk bonsai kelapa

pokok bonsai

Gambar: Property Guru

Proses penyayatan boleh dilakukan 3 kali sehari dengan berhati-hati agar pelepah mudah tidak rosak. Tujuannya untuk mengelakkan ia membusuk dan tumbesaran tidak terkawal.

  1. Apabila tunas telah tumbuh setinggi 15-20 cm, guna pisau nipis untuk buang pelepah kelapa yang tua dari bawah.
  2. Kemudian lenturkan pelepah secara perlahan-lahan.
  3. Ikat dengan kemas menggunakan kawat atau tali mengikut design kegemaran.

6. Menyiram & membaja

Hanya dengan air, baja dan cahaya matahari yang cukup, bonsai kelapa boleh hidup sampai belasan tahun. Ia memang senang nak jaga!

Lebih-lebih lagi, jika anda menjaganya dengan baik, ia boleh tumbuh meninggi sehingga 25-100cm dan tidak akan berbuah. Bagi mengelakkan bonsai kelapa diserang serangga atau hama, lakukan perkara ini:

  1. Siram hanyalah sekali sehari.
  2. Baja pula sekali seminggu atau dua minggu sekali.

Baca juga: MINYAK KUIN Cara Orang Dulu Cat & Rawat Dinding Kayu Rumah Kampung, Lambat Reputnya!

Sumber: Property Guru

FT Image: Shutterstock – Sritakoset / Property Guru

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×