Deko & Hias

Cara Tanam Daun Pudina (Mint) Guna Keratan, Sisakan Pucuk 2 Helai Daun Baru Subur!

19
SHARES
cara tanam daun pudina

Ramai orang gemar menanam pokok pudina kerana ia kaya dengan khasiat yang baik untuk manusia. Di mana, daun pudina itu sendiri digunakan untuk membuat ubat sapu dalam merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Berikut merupakan cara tanam daun pudina yang betul.

Melalui tips dikongsikan Pyan Sempoy, dia menggunakan keratan dengan menyisakan sedikit pucuk untuk menanam daun pudina. Ternyata, kaedah semaiannya itu berkesan selepas seminggu!

Baca juga: 2 Kaedah Kawal Lalat Buah Tanpa Guna Racun Serangga, Membesar Cantik Tiada ‘Gangguan’!

CARA TANAM DAUN PUDINA

daun pudina

Gambar: Masih subur dan berdaun lebar walaupon dah 2 tahun lebih tanam, hanya perlu trim sampai botak 2-3 bulan sekali dan trim akar + media setahun sekali. – Pyan Sempoy

Cara semai pokok pudina (mint) guna keratan atau pucuk

Saya mula tanam guna pucuk dan keratan pada pertengahan Februari 2019, masih hidup subur sampai sekarang. Dua hingga tiga bulan sekali terpaksa pangkas sebab terlalu rimbun.

Senang saja nak tanam dan jaga pokok pudina ini. Letak dekat tempat yang kena panas pagi sahaja dan siram 1-2 hari sekali.

Baca juga: Tips Pulihkan Pokok Yang Layu Terlupa Siram, Jangan Panik! Selamatkan Dengan Teknik Ini

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kantan Berbunga Lebat, Panduan Jelas Dari A-Z!

Proses semai guna keratan dan pucuk:

cara tanam daun pudina

Gambar: Pyan Sempoy

  1. Pilih ranting yang sihat dan berdaun lebar.
  2. Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk atau 2 helai dan potong separuh daun itu.
  3. Cucuk ke media (saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit) yang telah dilembapkan, minimum 1 ruas (mata tunas) ditanam dan 2-3 lebih baik.
  4. Letak dekat tempat teduh, nak sungkup atau tutup boleh dan tak nak pun boleh asalkan tak kena panas atau hujan sebelum tumbuh tunas baru.
  5. Siram sikit-sikit jika media dah kering.
  6. Lepas seminggu jika masih fresh, Insha Allah akan berjaya dan hidup subur.
cara tanam daun pudina

Gambar: Taraaa!h Hasil setelah 18 hari semai, yang dari pucuk dah mati dan yang hidup ini dari batang bawah. Nampak tak 2 daun yang dipotong separuh masih ada lagi. – Pyan Sempoy

Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Halau Monyet Liar, Guna Belacan & Gantung, Esok ‘Nyet’ Tak Datang Rumah Dah!

Sumber: Pyan Sempoy

FT Image: Pyan Sempoy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×