Dapur

14 Tanaman Rumah Yang Mudah Ditanam, Makin ‘Berisi’ Tanah Lepas Ini!

133
SHARES
tanaman rumah mudah ditanam

Kalau ada tanah kosong di kawasan rumah, apa kata manfaatkannya dengan bercucuk tanam. Hal ini kerana, terdapat banyak tanaman rumah mudah ditanam yang boleh anda pilih.

Sebagaimana artikel kali ini, penulis ingin kongsikan 14 jenis tanaman yang mudah dan senang ditanam di dalam rumah. Jom baca!

Baca juga: Ini Tips Buat Baja Subur Tanaman Sawi, Hanya Guna Modal RM4 Sahaja & Gemuk Hasilnya!

TANAMAN RUMAH MUDAH DITANAM

tanaman rumah mudah ditanam

Apakah  jenis tanaman yang sesuai dalam rumah? Ia adalah tanaman yang boleh menceriakan ruang rumah dan boleh menjadi sangat berguna untuk menyegarkan udara, memasak, dan sebagai hiasan.

Jadi, mari kita tengok apakah 14 jenis tanaman yang menguntungkan di Malaysia kalau ditanam sendiri seperti di laman web Property Guru.

14 JENIS TANAMAN YANG MUDAH & SENANG DITANAM DALAM RUMAH

1. CILI PADI

Cili bukan sahaja banyak digunakan dalam makanan di Malaysia, malah hidangan di seluruh dunia. Cili juga ada pelbagai jenis seperti cili padi yang banyak digunakan di negara ini.

Kalau sudah hari-hari guna confirm habis! Jadi, baik tanam di rumah sahaja.

  • Sediakan pasu berisi tanah dan masukkan biji cili, siram dua kali sehari.
  • Bila dah nampak anak pokok cili dah mula bercambah, anda boleh alihkan ke pasu yang lebih besar.

2. DAUN BAWANG

Daun bawang banyak digunakan dalam hidangan sup sebagai pelengkap menu ini. Ia seringkali dijual dalam kuantiti banyak walaupun nak guna sedikit sahaja. Dah rugi dekat situ sebab ia akan lembik bila disimpan lama.

Lebih baik tanamnya sendiri di rumah anda!

  • Potong sedikit bahagian atas bawang merah untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah.
  • Siram sekali sehari dan pastikan pokok mendapat cahaya matahari. Dalam 3 minggu macam tu, ia akan mula membesar.
  • Anda boleh juga gunakan papan telur untuk tumbuhkan daun bawang. Basahkan papan telur dan letak tanah sedikit pada setiap ruangan tu dan letakkan bawang merah yang dah dipotong bahagian atasnya di situ.

3. DAUN SADERI

Selain daun bawang, biasanya dalam hidangan sup ada orang gemar meletakkan daun saderi juga.

  • Ambil 3 inci bahagian akar saderi, dan cucukkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tak mencecah bawah bekas. Rendamkan di dalam bekas berisi air.
  • Letakkan bekas pada tempat yang kena cahaya matahari. Bila daun saderi dah mula bercambah, alihkan ke pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari.
  • Pastikan tanah sentiasa lembap untuk daun saderi tumbuh dengan segar.

4. DAUN PUDINA

Kebanyakan minuman segar yang unik mempunyai daun pudina di atasnya. Bau dan rasanya yang segar berangin membuatkan ia menjadi pilihan utama dalam minuman. Cara menanamnya adalah menggunakan keratan batang seperti di bawah:

  • Guna keratan batang daun pudina dan buang daun yang ada di bahagian bawah.
  • Cucuk ke dalam pasu berisi tanah dan letakkan di tempat redup. Pastikan anda spray air untuk melembapkan tanah.

5. DAUN KETUMBAR

tanaman rumah mudah ditanam

Daun ketumbar memiliki bau yang unik, di mana membuatkan segelintir orang tidak menggemarinya. Ia amat terkenal dalam masakan India dan Timur Tengah, maka tidak hairan jika hampir semua hidangan utama mereka memiliki daun ketumbar.

  • Dengan keratan batang yang ada akar 2-3 inci, rendam dalam bekas berisi air. Bila dah nampak besar lagi beberapa inci, masukkan ke dalam pasu.
  • Timbuskan bahagian akar je dalam tanah dan pastikan bahagian batang tak masuk dalam tanah jadi pokoknya boleh tumbuh dengan elok.

Tanaman ini boleh tumbuh melalui keratan batang.

6. SERAI

Tanaman serai boleh tumbuh melalui sisa-sisa makanan. Selain dimasukkan dalam masakan, ia juga mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.

  • Guna serai lebihan dan rendamkan bahagian akar dalam bekas berisi air. Akar serai akan mula tumbuh lepas 3-4 hari.
  • Bila dah bertunas, pindahkan masuk dalam pasu dan tanam secara menyerong.
  • Untuk 7 hari pertama, anda kena siram 2 kali sehari, lepas tu hanya perlu menyiram sekali sehari je.

7. HALIA

Di Malaysia, halia banyak diambil untuk mengeluarkan angin dalam badan.

  • Pilih halia yang dah bertunas supaya lagi cepat ia membesar.
  • Tanamkan halia di dalam pasu dan pastikan ia diletak pada kawasan yang separuh teduh. Jangan bagi kena cahaya matahari secara direct.
  • Untuk halia muda, tuai selepas 6 bulan. Untuk halia tua, tuai selepas 9 bulan.

Kalau nak tahu, ia boleh tumbuh melalui sisa-sisa makanan.

8. KUNYIT

Kunyit boleh tumbuh melalui keratan batang atau sisa-sisa makanan. Ia bukan sahaja digunakan dalam bahan masakan, malah banyak digunakan untuk kecantikan.

  • Ambil lebihan kunyit yang belum dipotong dan balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap.
  • Selepas 2-3 minggu dan tunasnya keluar, tanam dalam pasu berisi tanah.

9. BAWANG MERAH & BAWANG PUTIH

Bebawang dalam ramuan tumisan memang tak boleh dipisahkan. Kalau nak tahu, kedua-dua bebawang ini boleh tumbuh melalui sisa makanan.

Bawang merah

  • Potong bahagian atas bawang sampai nampak isi tengah dan potong sikit je bahagian akarnya.
  • Tanamkan 3/4 je daripada bawah bawang ke dalam tanah dan biarkan sampai tumbuh daun.
  • Bila dah nampak daun, timbus dengan tanah sepenuhnya. Kena selalu gemburkan tanah sekeliling bawang supaya banyak bebawang baru.

Bawang putih

  • Ambil beberapa ulas dan tanam setiap ulas secara menegak dengan bahagian akar yang diletak dalam tanah.

10. SAWI CINA (BOK CHOY)

Kalian yang selalu menikmati sayur ini, amat berbaloi untuk menanamnya. Bok choy boleh tumbuh melalui sisa-sisa makanan. Caranya:

  • Potong pangkal sayur lebih kurang 1 inci setengah dan rendam dalam air. Letak di kawasan yang terang supaya ia dapat cahaya matahari yang cukup.
  • Selepas 1-2 minggu, pindahkan ke pasu berisi tanah dan biarkan ia tumbuh dengan besar.

11. BAYAM

Bayam boleh tumbuh melalui biji benih dan dikatakan mengandungi banyak khasiat. Antaranya seperti tinggi dengan Vitamin A dan K, dapat meningkatkan sistem imuniti badan, merendahkan tekananan darah serta mempunyai kalori yang rendah.

  • Masukkan biji benih ke dalam tanah dan tekan sedalam 1/2 inci. Selepas biji benih dah bercambah dalam 2-3 helai daun pucuk, pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai.
  • Bila siram air, pastikan air tak bertakung di dalam pasu/bekas tapi hanya lembapkan tanah tu saja. Lepas 3-4 minggu, anda dah boleh mula tuai daun bayam yang ditanam.

Kebiasaannya, anda akan menjumpai dua jenis bayam di luar sana, sama ada bayam hijau atau bayam merah.

12. BENDI (OKRA)

Bendi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia seperti lauk asam pedas, kari dan tomyam. Ia berasal dari keluarga hibiscus dah diperkaya dengan Vitamin A, C, kalsium dan pelbagai mineral lain dan boleh tumbuh melalui biji benih.

  • Letak tanah yang sesuai dalam pasu dan mula semai biji benih bendi. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci di tengah-tengah pasu/bekas dan tanam 2/3 biji benih dalam setiap lubang.
  • Tutupkan lubang dan semburkan air pada tanah tersebut. Pastikan tanaman berada di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan sentiasa dalam keadaan lembap. Biji benih akan mula bercambah dalam 5-7 hari.
  • Selepas 1-1.5 bulan, bendi sepatutnya sudah sedia untuk dituai. Potongkan tangkai menggunakan pisau yang tajam supaya tak menjejaskan pertumbuhan pokok bendi anda.

13. BAYAM BRAZIL

Seperti namanya, bayam ini memang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan yang boleh tumbuh melalui keratan batang atau sisa-sisa makanan. Kebiasaannya, ia dijadikan ulam atau digoreng sebagai kerepek.

Selain itu, tumbuhan ini juga digunakan untuk mencantikkan landskap kebun di rumah.

  • Potong keratan yang mempunyai pucuk berwarna hijau dan segar dalam 5-12cm dan buang daun di bahagian bawah. Sediakan tanah di dalam pasu, botol plastik, atau bekas kitar semula lain.
  • Cucuk separuh dari keratan ke dalam pasu, siram dan pastikan ia tak terdedah kepada cahaya matahari terus pada awal penanaman.
  • Dalam 4-7 hari, anda akan mula nampak pucuk dan daun baru. Bila daun dah mula merimbun, selalunya dalam beberapa minggu selepas ditanam, anda bolehlah mula mengutip hasil Bayam Brazil.

14. KANGKUNG

Kangkung merupakan sayur yang sangat mudah ditanam dan cepat membesar. Ia boleh tumbuh melalui biji benih.

  • Letakkan besen di bahagian bawah dan raga di atasnya sebelum taburkan biji benih kangkung. Kalau lubangnya besar, letakkan kapas supaya benih tak terjatuh melalui lubang tersebut.
  • Isikan air dalam besen dan pastikan paras air cecah raga saja.
  • Jangan sampai benih terendam dan tenggelam! Lepas tu, tutupkan dengan kain gelap untuk beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung mula keluar.
  • Bila dah ada daun, letakkan pokok kangkung di tempat yang disinar cahaya matahari, tapi pastikan paras air kena pada akar pokok. Selepas 3-4 minggu, kangkung sudah sedia untuk dituai dan dimasak.

Lepas ni senang lah nak makan kangkung masak belacan kan? Dah tak perlu nak singgah pasar pagi atau pasaraya. Petik saja yang tanam dekat rumah tu, basuh bersih-bersih, dan terus masuk kuali. Terliur pula rasanya!

Sumber: Property Guru

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×