Dapur

Cara Tanam Kangkung ‘Tak Jejak Tanah’, 3 Minggu Dah Boleh Dapat Hasil!

50
SHARES

Sayur kangkung merupakan tanaman yang sangat mudah untuk tumbuh jika pandai menanamnya. Nak masak kangkung pun mudah dan sedap pula tu, kebanyakan di kedai-kedai makan mereka menyediakan menu sayur kangkung ikan masin.

Di rumah, kalau anda tidak mempunyai tanah pun tidak mengapa kerana cara kali ini hanya menggunakan penapis. Disebabkan itu, dipanggil kangkung tak jejak tanah oleh empunya badan. Jom ikuti cara mudah tanam kangkung di bawah!

Baca juga: Cara Mudah Tanam Daun Kesum, Dalam Seminggu Daun Dah Naik Tinggi!

CARA TANAM KANGKUNG ‘TAK JEJAK TANAH’, 3 MINGGU DAH BOLEH DAPAT HASIL!

MAKIN LAMA KANGKUNG MAKIN MAHAL !

Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya hahaha. 3W (3 minggu) dah boleh tuai. 1 tapis dapat dalam setengah kg. Alhamdulillah.

CARA-CARANYA:

1. Rendam benih 32 jam guna air paip (maximum) kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam, boleh asingkan dan letak dalam tapis. Boleh terus lompat masuk step no 2.

2. Toskan benih lepas rendam. Masukkan dalam tapis. Agak-agak saja, jangan padat sangat jangan sikit sangat.

Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Lubang besar menyebabkan anak kangkung akan bolos nanti. Jika benih ada yang dah berakar, masukkan akar-akar ke dalam lubang tapis.

3. Tapis yang letak atas baldi mesti ngam keduanya. Masukkan air paip separas mencecah dasar tapis.

4. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari. Tujuan tutup adalah untuk menggalakkan anak semai cepat tumbuh panjang.

5. Lepas tutup, anak benih akan tumbuh seperti taugey. Jangan panik, memang betul dah caranya tu hehe. Waktu ni dah boleh dedahkan kepada cahaya. Air dalam takungan tak perlu buang, boleh tambah baja AB.

6. Boleh mulai guna baja AB bancuhan 10mlab + 2L air atau 1.5ec – 2ec.

7. Hanya pantau air baja dan akar pokok.

Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1 (10ml ab + 2L air). 2ec minggu ke-2 (15ml ab + 2L air) dan 3ec minggu ke-3 (20ml ab + 2L air).

Tuai bila kangkung berumur +-3w (lebih atau kurang 3 minggu).

Kredit : Yuziyana Yusop

Sumber: Facebook Theshaxfeen via Berkebun D Rumah / Yuziyana Yusop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×