Dapur

Resepi Body Booster Minuman Sihat Untuk Badan, Bahan-Bahannya Memang Padu!

3
SHARES
resepi body booster

Sudah terlalu banyak resepi body booster yang mudah didapati dan ada banyak manfaatnya kepada kesihatan badan. Tapi kali ini, penulis ingin kongsikan resepi minuman sihat ini yang membekalkan ciri antibakterial dan antioksida.

Ramuan bahan yang diperlukan memang padu. Di mana, ia merupakan sumber bahan makanan sihat yang popular dan seringkali digunakan untuk manfaat kesihatan. Jom cuba resepi di bawah dari Doktor Rizal Abu Bakar.

Baca juga: Cara Buang Angin Dalam Badan, Boleh Cuba Antara 3 Air Mujarab Ini!

RESEPI BODY BOOSTER MINUMAN PELBAGAI MANFAAT UNTUK BADAN!

resepi body booster

Resepi bekalkan ciri antibakterial dan antioksida.

  • Bantu hidrasikan tubuh ketika cuaca panas.
  • Bantu percepat proses penyembuhan parut dan luka.
  • Legakan inflamasi.
  • Tingkatkan seri kulit muka.
  • Kebalkan sistem usus dengan singkirkan bakteria jahat.
  • Bantu seimbangkan paras gula dalam darah.

Padu tak padu resepi ini. Senang pula tu nak buat.

RESEPI BODY BOOSTER

resepi body booster

BAHAN-BAHAN:

  • Aloe Vera
  • Air
  • Lemon
  • Madu

CARA-CARANYA:

 Caranya pun tak susah mana.

1. Potong dan asing isi aloe vera dalam bites size.

2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.

3. Masukkan air perahan 1/2 biji lemon. Kalau lemon kecil pakai sebiji.

4. Masukkan 5-6 biji kurma merah dan daun pudina jika mahu.

5. Masak dalam air perlahan sampai mendidih.

6. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.

7. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.

Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali. Bolehlah cuba di rumah.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×