Dapur

Resepi ‘Hot & Sour Soup’ Penyegar Tekak Semasa Cuaca Panas, Siap Ada Black Fungus!

19
SHARES
resepi hot and sour soup

Tengah musim panas ini, kalau tekak anda tiada selera makanan pedas, eloklah cuba resepi hot and sour soup ini. Resepi sup ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Zanariah Khalit untuk memancing selera anak-anaknya yang kurang berselera makanan berempah dan sambal tumis akibat cuaca panas.

Ramuan hot and sour soup ini juga sangat menarik kerana mempunyai black fungus. Justeru itu, jom hidangkan juadah pelembut tekak ini kepada seisi keluarga anda!

Baca juga: Resepi Cornflakes Telur Masin (Salted Egg Crispy Cornflakes), Kuih Raya Laku Keras!

RESEPI HOT AND SOUR SOUP PELEMBUT TEKAK DI WAKTU CUACA PANAS

resepi hot and sour soup

Bila cuaca panas anak-anak kurang berselera makan masakan berempah atau sambal tumis. Jadi ibu memancing selera mereka dengan sup.

Hari-hari masak sup yang berbeza. Biar tak bosan. Hari ini saya masak sup hot & sour. Ringkas tapi sedap. Yang penting licin tak bersisa.

Rasa sedikit pedas dan masam dari chili flake dan sedikit cuka. Ada yang perut sensitif dengan cuka jadi boleh digantikan dengan tomato. Tumis sekali dengan bawang putih. Rasanya tetap sedap. Boleh juga dicampur dengan sayur lain jika suka.

RESEPI

BAHAN-BAHAN:

resepi hot and sour soup

  • Secubit chili flake
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cuka – boleh ditambah jika tak cukup masam.
  • Sedikit kicap pekat – untuk warna
  • Garam
  • Serbuk perasa jika suka

resepi hot and sour soup

  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 ketul ayam – rebus kemudian dicarik isinya. Simpan air rebusan ayam.
  • 5 keping black fungus – rendam kemudian hiris nipis.
  • 2 biji tauhu – potong kecil.
  • 6 batang jejari ketam – hiris
  • 2 biji telur – pukul sedikit
  • Bancuhan tepung jagung
  • Daun bawang – hiris

CARA PENYEDIAANNYA:

resepi hot and sour soup

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila bawang naik bau masukkan chili flake. Masukkan air rebusan ayam. Sekiranya tak cukup boleh ditambah air.

2. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub ayam, cuka, kicap pekat, garam & serbuk perasa. Biarkan mendidih kemudian masukkan black fungus, tauhu dan jejari ketam.

resepi hot and sour soup

3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Didihkan sekali lagi.

4. Akhir sekali masukkan telur yang sudah dipukul. Gaul perlahan supaya telur ‘bertali’. Tutup api kemudian masukkan hirisan daun bawang.

Sumber: Facebook Siti Zanariah Khalit via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×