Dapur

Cara Buat Bakso Ikut Resepi Viral, Bebola Bulat-Bulat Elok & Kuah Pun Tak Gelap!

763
SHARES
resepi bakso sedap

Bila berada dalam musim hujan sekarang, pastinya tekak selalu teringin nak makan makanan yang bersup dan berkuah bukan? Selain dari menu sup biasa, salah satu makanan berkuah yang menjadi pilihan adalah dari Indonesia iaitu, bakso. Tapi, susah juga nak cari orang jual bakso dan solusinya adalah dengan mencari resepi bakso sedap untuk dimasak sendiri!

Paling menarik adalah, berdasarkan resepi ini kuah bakso anda tidak akan bertukar menjadi hitam atau gelap. Bukan itu sahaja, bakso pun lebih puas untuk dimakan kerana boleh ditambah bermangkuk-mangkuk.

Baca juga: Peniaga Kongsi Petua Pilih Ikan Pari Yang Segar, Tak Ada Langsung Bau Hancing!

RESEPI BAKSO SEDAP, WARNA KUAH TAK ‘GELAP’

resepi bakso sedap

Bahan sambal cili:

– 20 cili api merah+ hijau
– 2 biji bawang putih
* * Rebus bahan di atas dengan air hingga airnya hampir kering – lepas blend sekali dengan airnya hingga lumat. Kemudian tambah bahan di bawah
– Sedikit kuah bakso
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil gula
– 2 sudu besar cuka

Bakso:

-Isi ayam kisar
-Daging kisar
-Bawang merah & putih – hiris dan goreng kuning keemasan
-Masukkan dalam blender
-Ayam kisar
-Daging kisar
-Putih telur
-Bawang goreng
-Baking powder
-1/2 kiub ayam
-Lada putih
-Serbuk bawang putih
-Garam
-Ketul ais batu – semua di blend sekali
-Rebus air dengan lemak ayam, bila mendidih kecilkan api. Masukkan bakso yang dibulat-bulatkan
-Apabila timbul, tanda dah masak dan angkat

Kuah bakso:

-Bawang putih
-Daun bawang (bahagian putih)
-Buah keras
-Blend dengan minyak goreng bawang tadi
-Goreng dalam kuali tanpa minyak
-Masukkan air rebusan bakso sedikit dan kacau . Masukkan dalam kuali yang ada bakso. Masak hingga mendidih
-Garam
-Kiub ayam

Cara hidang:

-Bihun
-Tauge
-Pak coy celur
-Daun bawang
-Bawang goreng
-Sambal bakso
-Cuka / limau
-Kicap

resepi bakso sedap

*Siap! Boleh makan ditambah berulang-ulang kali sampai puas!

Baca juga: Sukatan Nasi Lemak Ikut Cawan Yang Betul Untuk Makan Ramai, Masak Elok & Tak Mentah!

Sumber: Azizah Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×