Dapur

Resepi Tosai Guna Nasi Sejuk Paling Senang Nak Buat, Gebu Gebu Lembut Dimakan!

3.9K
SHARES
resepi tosai

Setiap kali keluar bersarapan, antara menu yang menjadi pilihan adalah menu makanan India iaitu tosai. Tidak terlampau ringan dan tidak terlampau berat, tosai amat sesuai dimakan tidak kira waktu dan sangat mengenyangkan. Tapi, macam mana nak buat tosai ini di rumah? Ada resepi tosai yang mudah tak?

Buat anda yang teringin nak buat tosai untuk dimakan ketika sarapan di rumah, berikut merupakan perkongsian resepi turun temurun dari Puan Fatimah Saari. Mana tahu, kalau rasa malas nak keluar sarapan di luar boleh saja buat di rumah.

Baca juga: Cara Paling Mudah Masak Pulut Guna Periuk Nasi Elektrik, Elok Kejadiannya!

RESEPI TOSAI MACAM NENEK BUAT

resepi tosai

Bahan-bahan:

-1 cawan kacang ulunthu
-1 cawan nasi sejuk
-1 cawan tepung beras
-1 sudu yis mauripan
-Garam
-Air 3 cawan

Cara-caranya :

1.Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6 jam, kemudian blend smpai halus bersama dengan nasi-nasi sejuk.

2.Letak garam sedikit. Kemudian tuang dalam bekas lain, bancuh bahan blend dengan air + tepung beras + yis.

3.Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung periuk) – untuk menaikkan.

4.Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit.

5.Tuangkan tepung yang diperam satu senduk.

6.Ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api.

7.Gulung atau lipatkan.

8.Siap boleh dihidangkan.

resepi tosai

*Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Sumber: Fatimah Saari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×