Sudah pasti masyarakat Malaysia sudah sinonim dengan warna kuih ketayap yang berwarna hijau bukan? Mempunyai tekstur yang lembut di luar dan mempunyai inti kelapa manis di dalam, resepi ketayap yang menjadi hijau kerana menggunakan pewarna pandan ini boleh juga ‘bertukar’ menjadi pink. Macam mana buat?
Berdasarkan perkongsian resepi ketayap ini, rupanya anda boleh juga menggunakan bahan seperti buah naga untuk dijadikan ketayap versi baharu. Katanya ketayap pink ini dapat menarik minat anak untuk makan, boleh cuba!
Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama
RESEPI KETAYAP BUAH NAGA, BOLEH ‘PANCING’ ANAK MAKAN
BAHAN-BAHAN:
-3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
-3 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-1 cawan jus buah naga
-2 1/2 cawan santan cair
-Secubit garam
-Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
-1/2 biji kelapa putih
-1/2 cawan gula
-1 cawan jus buah naga
-2 helai daun pandan
-Sedikit tepung ubi
-Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
4.Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Letak Satu Bahan INI Rupanya Boleh Elak Ikan Keli Meletup Semasa Goreng, Baru Tahu!
Sumber: Zura Zul