Dapur

Cara Buat Kuih Ketayap Bebas ‘Gluten’, Sama Sedap Persis Yang Warna Hijau Itu!

26
SHARES
cara buat kuih ketayap

Kuih ketayap atau kuih gulung ialah sejenis kuih berinti yang terdapat di Malaysia dan kebiasaannya kulit diluar berwarna hijau. Namun, cara buat kuih ketayap kali ini adalah kulit berwarna putih dan bebas gluten.

Bagi anda yang tidak boleh menikmati makanan yang mempunyai gluten, tidak perlu risau akan resipi kuih ketayap hasil air tangan puan Munifa Munif ini. Paling penting, rasanya juga sama sedap seperti ketayap hijau. Jom cuba buat!

Baca juga: Cara Matikan Bubuk Beras Dengan Simpan Dalam Botol, Wanita Ini ‘Prepping’ Dari 2021 Masih Elok Lagi!

CARA BUAT KUIH KETAYAP BEBAS GLUTEN

cara buat kuih ketayap

Gambar: Munifa Munif

Pertama kali buat ketayap bebas gluten. Saya tak buat warna hijau sebab pelanggan dah banyak pesan kuih yang berwarna hijau, tak sangka sedap juga yang putih ini.

Bahan-bahannya:

  • Kalau nak buat ketayap putih tambah 1 cawan (ketayap hijau kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)
  • 75 gm tepung beras *
  • 20 gm tepung ubi *
  • 1 sdm minyak kelapa *
  • 1/4 sudu teh garam *
  • 160 ml air *
  1. Bancuh semua bahan bertanda * dan tapis.
  2. Boleh buat inti kelapa manis atau apa-apa yang sesuai.

Baca juga: Individu Dedah 44 Jenis Ulam Yang Sesuai Buat NASI ULAM KEDAH, Wow Banyaknya Patutlah Sedap!

Baca juga: Idea ‘Hipster’ Buat Onde-Onde Versi Coklat, Bila Ngap Terus Cair Di Mulut!

Cara buat belang ketayap:

  1. Asingkan bancuhan sedikit dan tambah serbuk koko.
  2. Letak dalam plastik
  3. Gunting hujungnya kecil sahaja
  4. Kemudian, lorekkan di pan.

Bahan-bahan ketayap bebas gluten sukatan cawan:

  • Tepung beras 1/2 cawan
  • 2 sudu teh untuk mendapatkan 75 gm 
  • Tepung ubi 4 sudu teh.
  • Tambah 1 cawan air kalau nak buat katayap putih dan kisar blend 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air untuk ketayap hijau.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tips Buat Hidangan Nasi Ayam ‘Terlajak’ Sedap, Walau Pun Bahan Tak Lengkap!

Sumber: Munifa Munif

FT Image: Munifa Munif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×