Sudah biasa sangat menikmati kuih onde-onde berisikan gula Melaka, apa kata kali ini anda gantikan dengan coklat pula. Kalau nak tahu, cara buat onde-onde coklat tidaklah sesukar mana dan jauh lebih mudah daripada resipi asli kuih tradisi ini.
Jadi, jom ikuti resipi daripada Shida Ambok yang mengajar cara buat onde-onde coklat sehingga boleh membuatkan air liur anda meleleh!
Baca juga: Tips Buat Hidangan Nasi Ayam ‘Terlajak’ Sedap, Walau Pun Bahan Tak Lengkap!
CARA BUAT ONDE-ONDE COKLAT
RESiPI CHOCONDE AKA ONDE ONDE HIPSTER MUDAH DAN SEDAP
Asyik menu onde-onde biasa sesekali cuba pula menu ‘hipster’. Seronok buat aktiviti macam ini dengan anak anak.
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung pulut
- 1½ tin wonda coffee
- Coklat cadbury hazelnut
- Nestum
Baca juga: Resipi Bancuhan Roti Sardin Gulung Goreng Tepung, Nak Betul-Betul Rangup Buat Tips Ini!
Baca juga: Resepi Lazat Ubi Tonyoh ‘Favourite’ Atok Nenek, Paling Laris Tiba Musim Tengkujuh!
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan air wonda coffee ke dalam tepung pulut.
- Gaul hingga jadi doh.
- Gentelkan bentuk bulat dan isikan coklat yang telah dipotong dan dibuat bulat.
- Boleh pelbagaikan coklat seperti coklat coin, coklat putih atau coklat hitam. Lagi sedap jika ditambah kacang atau kuaci.
- Panaskan air rebusan untuk merebus choconde.
- Bila choconde timbul maksudnya telah masak dan boleh angkat.
- Golekkan pada nestum.
- Siap untuk dimakan.
Walaupun makanan tradisi tetap di hati, namun sesekali buat macam ini seronok dapat teroka benda baru. Mudah, cepat, sedap dan anak anak suka sangat.
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Gula Melaka, Terasa Lemak Manisnya Lebih Padu!
Sumber: Shida Ambok
FT Image: Shida Ambok