Dapur

Resipi Pulut Gaul Nyor (Kelapa Parut) & Ikan Rebus Goreng Manis, Sedap Macam Di Yala Thailand!

5
SHARES
pulut gaul nyor

Pulut gaul nyor merupakan menu kegemaran bagi masyarakat di Pantai Timur. Di mana, ia mempunyai pulut yang digaul bersama kelapa parut  dan dinikmati bersama ikan rebus yang digoreng.

Namun, tahukah anda menu ini juga terdapat di Thailand dengan sedikit perbezaan seperti mana yang pernah dinikmati oleh Puan Wan N Wan M sehingga membuatkan dia asyik teringat-ingat akan makanan tersebut.

Baca juga: Ada Warna Hitam & Perang, Ramai Keliru Asam Keping Mana Yang Lebih Sedap, Ini Jawapannya!

PULUT GAUL NYOR IKAN REBUS GORENG MANIS

pulut gaul nyor

Gambar: Wan N Wan M

Menurutnya, ikan rebus goreng di sana mempunyai rasa manis yang membuatkan dia gigih mencari resipi untuk menghasilkan sendiri menu itu.

Baca juga:

Ceritanya, selepas road trip kami ke Thailand awal October hari itu, saya asyik teringat-ingat ke pulut makan dengan ikan rebus ini dekat Yala.

Dekat Yala ada 3 jenis pulut dan ikan:

  1. Ikan rebus makan dengan pulut hitam (versi pulutnya manis dan ikan rebusnya pun manis).
  2. Ikan rebus makan dengan pulut lemak putih macam dalam gambar ini (ikan rebusnya manis).
  3. Satu lagi versi yang biasa saya jumpa ikan masin dengan pulut lemak.

Jadi, saya dah jatuh hati makan pulut putih dengan ikan rebus yang agak manis ini. Ikan rebus itu saya gigih jugalah cari resepi cara orang Thailand masak.

Alhamdulillah, menjadi ikan rebusnya. Pulut itu sahaja pertama kali saya nak masak selama hidup saya ini.

Tengok dekat Youtube cara masak pulut, terjumpalah cara-caranya. Saya pun cubalah buat. Alhamdulillah, elok kejadiannya siap lembut sekali pakej berkilat.

Jadi, saya nak kongsi dekat semua orang jugalah cara buat pulut ini. Yang mana tak pernah buat itu, mesti menjadi juga macam mana saya buat ini.

Baca juga: Resipi Pani Puri Makanan Popular Masyarakat India, Bila Pecah Dalam Mulut Melimpah Segala Rasa!

Bahan-bahan dan cara penyediaan pulut lemak putih:

  • 6 pot beras pulut (saya masak banyak sebab balik rumah parents baru ini makan ramai-ramai)
  • 6 pot air (guna pot yang sama)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • kelapa parut (nyor)

Cara-cara:

  1. Basuh bersih beras pulut sama macam kita basuh beras.
  2. Lepas itu, toskan dan masukkan dalam periuk nasi.
  3. Letak air ikut sukatan. Andai kata nak masak 2 pot, jadi airnya pun 2 pot juga, jangan lebih.
  4. Masukkan garam dan minyak masak.
  5. Kacau bagi sebati dan terus sahaja masak dalam periuk nasi, tak perlu nak rendam ke apa.

Siap! Sepatutnya ada kelapa parut tapi kelapa tak jumpa. Haa, macam itu lah kejadian pulutnya. Lembut betul. Mak abah pun suka!

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang Kapas Campur Ikan Masin Talang, Lauk Kampung No. 1 Kesukaan Ramai!

RESIPI IKAN REBUS GORENG MANIS

pulut gaul nyor

Gambar: Google

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 8-10 ekor ikan selayang/kembung atau ikut suka nak guna ikan apa
  • 3-5 keping asam keping (besar sangat cukuplah 3, kalau kecil ambil 5 keping)
  • 2 sudu kecil paste Asam Jawa Adabi bancuh dengan setengah gelas air
  • 5 sudu kecil garam
  • 3 keping gula kerek (kalau tak ada, gula melaka pun boleh)
  • 1 sudu kecil chicken stock (boleh guna kiub ayam tu seketul)
  1. Basuh bersih ikan, buang segala isi perut semua tu ye.
  2. Lepas itu, susun ikan dalam periuk dan masukkan air paras ikan.
  3. Masukkan terus semua bahan-bahan itu.
  4. Masaklah dengan api perlahan sampai air rebusan kering.

Dah rebus, nak lagi sedap biarkan dulu satu malam bagi air rebusan itu lebih meresap dalam ikan.

Tapi kalau nak goreng terus pun boleh dan hati-hati ia boleh meletup. Macam saya jenis tak sabar nak makan itu goreng sahaja terus.

Dah siap boleh makan. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Nugget Ayam Tempura ‘Homemade’, Dari Tak Gemar Isi Dada Ayam Terus Laju Je Nak Gigit!

Sumber: Wan N Wan M

FT Image: Nurul Fatihah / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×