Dapur

Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!

64
SHARES
resepi bubur

Resepi bubur som som dari saudara Iskandar Muadz ini, nampak menyelerakan sahaja dan mesti lembut bila masuk ke dalam mulut. Sekiranya anda menggemari sajian tradisional, sudah tentulah bubur som som ini wajib dicuba.

Tambahan pula, El Nino sedang berlaku dan bakal masuk bulan Ramadan juga, maka eloklah pencuci mulut ini dinikmati selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk. Baru sedap tekak bila dapat makan sejuk-sejuk!

Baca juga: 5 Cara Siang Ikan Panduan Lengkap Guna Pelbagai Alat, Lepas Ini Sebelah Mata Je Boleh Buat!

RESEPI BUBUR SOM SOM

resepi bubur

Gambar: Iskandar Muadz

Puasa atau tidak, dessert ini tetap ramai yang suka. Inilah BUBUR SOM SOM, nikmat makan sejuk-sejuk. Tak mahu cakap banyak, elok korang pergi buat cepat sebab senang sangat. Confirm jadi.

Satu adunan saya buat, dapat lah 10 ke 11 bekas kecil-kecil begini. Okaylah nak buat rasa-rasa.

Baca juga: Resepi Kuih Lopes Tanpa Rendam Beras Pulut, Masuk Dalam ‘Rice Cooker’ Je & Terus Siap!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1200ML santan sederhana pekat (400ml santan pekat dan baki campur air)
  • Garam
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • Daun pandan
  1. Satukan semua bahan, kacau dan tapis adunan.
  2. Masukkan daun pandan dan kacau atas api sehingga adunan meletop-letop.
  3. Kemudian, masukkan bubur som som dalam acuan atau bekas comel seperti di gambar.
  4. Biarkan ia sejuk.

Baca juga: Tips Rongga CAKOI Bersarang Cantik & Kembang Elok Masa Goreng, Buat Langkah Ini!

Cara membuat air gula bubur som som

Air gula pula, saya tiada resipi main agak sahaja. Sebabnya tak semua orang tekak sama, kurang manis atau nak manis ikut suka.

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama air yang diletakkan garam.
  2. Masukkan juga daun pandan.
  3. Kemudian boleh rasa tahap kemanisan air gula macam mana.
  4. Nak pekatkan kuah gula, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air.
  5. Lepas nampak air gula mendidih kuat, masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau laju-laju.

Barulah sedap air gulanya dan tak cair.

Baca juga: Tips Masak Suhun Tak Kembang & Serap Kuah, Baru Puas Nak Menghirup!

Sumber: Iskandar Muadz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)

FT Image: Iskandar Muadz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×