Dapur

Resepi Kuih Lopes Tanpa Rendam Beras Pulut, Masuk Dalam ‘Rice Cooker’ Je & Terus Siap!

54
SHARES
resepi kuih lopes

Kuih lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Namun, resepi kuih lopes kali ini adalah lebih cepat untuk disediakan iaitu dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Tak perlu susahkan diri untuk mengukus dan gulung dalam daun pisang.

Melalui perkongsian resepi kuih lopes dari Shahera Ilani ini, beras pulut yang kebiasaannya direndam terlebih dahulu, tidak perlu dibuat apabila menggunakan periuk nasi. Jom lihat kaedahnya di bawah!

Baca juga: Tips Rongga CAKOI Bersarang Cantik & Kembang Elok Masa Goreng, Buat Langkah Ini!

RESEPI KUIH LOPES

resepi kuih lopes

Gambar: Shahera Ilani

Kuih lopes versi rice cooker (periuk nasi). Tak perlu kukus dan tak perlu gulung-gulung dalam daun pisang. Campak-campak sahaja dalam rice cooker. Senang, cepat dan menyelerakan. Siap untuk kudapan nanti petang.

Baca juga: Tips Masak Suhun Tak Kembang & Serap Kuah, Baru Puas Nak Menghirup!

Bahan dan cara penyediaan lopes:

resepi kuih lopes

Gambar: Shahera Ilani

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  1. Masak macam biasa semua bahan dalam periuk nasi dan tak perlu rendam beras pulut terlebih dahulu.
  2. Kemudian bila dah masak, boleh padatkan pulut dengan guna cawan untuk bentukkan ia.

Baca juga: Resepi Pecal Jawa, Nak Kuahnya Sedap & Naik Rasa Original Kena Lebihkan Gula Ini!

Baca juga: Resepi Tapai Pulut Yang Manis & Berair, Bila Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat Tekak!

kuih tradisional

Gambar: Shahera Ilani

Bahan dan cara penyediaan kelapa parut kering:

  • Kelapa parut
  • Garam
  1. Kukus sekejap kelapa parut.
  2. Bila dah sejuk gaulkan dengan sedikit garam.

Bahan dan cara penyediaan air gula melaka:

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  1. Masak sampai mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut kering untuk dipadankan bersama air gula melaka. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya 1 Bancuhan Boleh Hasilkan Pelbagai Perisa!

Sumber: Shahera Ilani via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Shahera Ilani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×