Dapur

Resepi Kuih Tepung Pasung, Memang ‘Limited’ Susah Nak Jumpa Luar Pantai Timur!

87
SHARES
kuih tepung pasung

Kuih tepung pasung merupakan kuih popular dan kegemaran di Pantai Timur. Di mana, kuih tradisi ini diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai dua lapisan inti. Bentuknya yang unik pula seperti kon terjadi disebabkan oleh acuan daun pisang yang dibentukkan sedemikian rupa.

Sekiranya anda belum cuba atau sudah lama tidak menikmati kuih tradisional ini, mari ikuti perkongsian resepi kuih tepung pasung dari Puan Habsah Ngah, resepi asalnya oleh Puan Norafidah Mahamod.

Baca juga: Jamin Bersih Buat Udang Kering Sendiri, Nak Lagi Ekspres Guna Oven Tak Perlu Jemur!

KUIH TEPUNG PASUNG

kuih tepung pasung

Gambar: Pn Habsah Ngah

Alhamdulillah, siap juga kuih tepung pasung yang Kak Min panggil. Sepetang duduk mengerjakan bahan-bahan untuk buat kuih ini.

Bila rindu nak makan kuih-kuih dari kampung halaman, orang merantau macam Kak Min terpaksalah cuba buat sendiri bila terasa nak makan. Kuih lama-lama ini payah nak jumpa orang buat jual kalau luar dari pantai timur.

Resepi Kak Min sertakan sekali okay, mana yang teringin mari cuba buat.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Ikan Tenggiri, Kena Letak Lebih 1 Bahan Ini Kuah Jadi Sedap!

TEPUNG PASUNG / KUIH SERUNAI

resepi tepung pasung

Gambar: Pn Habsah Ngah

Bahan-bahan bahagian bawah:

  • 2 sudu gula pasir
  • 1 keping setengah gula melaka.
  • 1 setengah cawan air
  • 1 helai daun pandan wangi
  • 40 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan-bahan bahagian atas:

Bahan lain:

  • Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong.

Baca juga: Cara Buat Ikan Pekasam Air Tawar, Lepas Perap Seminggu Boleh Goreng!

Cara penyediaan bahagian bawah:

kuih tepung pasung

Gambar: Pn Habsah Ngah

  1. Masak gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan kemudian sejukkan.
  2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
  3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus.
  4. Kemudian kukus dalam 5 minit.

Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

Cara penyediaan bahagian atas:

resepi tepung pasung

Gambar: Pn Habsah Ngah

  1. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
  2. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi.
  3. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil.
  4. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih itu tumbang.

Biar sejuk baru dihidangkan.

Baca juga: Solok Lada Cara Mudah & Enak, Guna Resepi Ini Baru Rasa Keasliannya!

Sumber: Pn Habsah Ngah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Kredit resipi: Norafidah Mahamod

FT Image: Pn Habsah Ngah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×