Solok lada atau nama lainnya lada sumbat merupakan makanan tradisi tradisional orang Melayu terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini kerana, ia adalah makanan istimewa yang popular di negeri tersebut. Justeru itu, sekiranya anda menggemari lada yang berinti ini tetapi tidak tahu cara membuatnya, mari ikuti resepi solok lada dari El Musliha Katiman.
Baca juga: Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!
RESEPI SOLOK LADA
Makan lauk ini saja pun dah best sangat, mahu tambah nasi 2-3 pinggan weii. Mohon izin nak kongsi resipi dekat sini ya. Mungkin ramai yang dah tahu dan otai-otai belaka, tapi saya nak berkongsi juga mudah-mudahan dapat memberi manfaat pada orang baru macam saya.
Resipi ini ada 2 cara iaitu guna ikan mentah atau yang direbus. Saya rebus saja ikan itu sebab senang dan cepat sikit nak proses. Tapi kalau nak senang dan sangat cepat tak payah buat ya puan-puan sekalian, beli saja!
Baca juga: Resepi Sos Blackpepper Prosperity Khairul Aming, Guna Coney Sosej Pun Sedap!
Bahan-bahan:
- 1/3 biji kelapa ditumbuk (guna kelapa muda kalau nak lagi sedap).
- 15 biji cili besar
- 2 cawan santan separa pekat
- 3 helai daun pandan
Bahan-bahan tumbuk:
- 3 ekor ikan rebus, buang tulang ambil isinya
- 4 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 sudu kecil lada hitam
- Sedikit halia
- Gula dan garam
Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!
Baca juga: Cara Gandakan Sabun Cuci Pinggan Guna 3 Bahan, Tahan Hingga 5 Bulan & Buih Pun Banyak!
Cara-cara membuat solok lada:
- Bersihkan cili besar buangkan empulur serta biji-bijian dan belah memanjang cili. Tak perlu buang tangkai dan ketepikan.
- Gaul kelapa bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Sumbat kelapa yang sudah digaul ke dalam cili.
- Lapik periuk dengan daun pandan supaya ia wangi dan susun solok lada yang telah ada inti diatasnya.
- Kemudian, tutup dengan daun pandan lagi.
- Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
- Masak dengan api perlahan hingga santan kering atau solok lada kelihatan dah masak.
Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!
Baca juga: Resepi Paru Goreng Rangup, Ikut Tips Ini Baru Hasil Snek Jadi ‘Crispy’!
Sumber: El Musliha Katiman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: El Musliha Katiman