Dapur

Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!

119
SHARES
resepi singgang

Resepi singgang merupakan lauk yang mudah untuk dimasak. Bahkan, ia juga menu sihat kerana tidak menggunakan minyak dan tiada menumis. Selain nama singgang, lauk ini juga dipanggil masak asam di sesetengah tempat.

Penulis percaya, suri rumah bekerjaya atau orang bujang yang tinggal seorang diri gemar memasak lauk singgang ini kerana prosesnya tidaklah renyah dan memakan masa yang tidak sampai 30 minit. Jadi, mari lihat resepi singgang ikan selar Nana Sabrina Sarsan yang mudah dan sedap ini!

Baca juga: Resepi Sos Blackpepper Prosperity Khairul Aming, Guna Coney Sosej Pun Sedap!

RESEPI SINGGANG IKAN

resepi singgang

Gambar: Nana Sabrina Sarsan

Singgang ikan cara mak saya

Cara mak saya masak singgang ikan selar. Sedap hirup kuah dia panas-panas, lawan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulam fuhh betambah nasi sampai bepeluh-peluh dbuatnya!

Baca juga: Cara Gandakan Sabun Cuci Pinggan Guna 3 Bahan, Tahan Hingga 5 Bulan & Buih Pun Banyak!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Dua ekor ikan selar belah dua
  • Garam secukupnya
  • Perahan air asam jawa
  • Air agak-agak
  • Serai diketuk
  • 1 biji bawang merah besar hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 1/2 inci kunyit hidup hiris
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu teh minyak
  • Tomato (pilihan)
  • Cili merah dan cili padi (pilihan)
  1. Campur semua bahan-bahan ini ke dalam periuk, kemudian didihkan dengan api perlahan selama 20 minit, siap lauk singgang anda!

P/s: Penulis syorkan untuk anda masukkan tomato selepas kuah mendidih bagi mengelakkan ia tidak hancur kerana terlalu lama.

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Nana Sabrina Sarsan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×