Dapur

Resepi Singgang Sotong Paling ‘Kick’ Untuk Dihirup Kuah, Tambah Nasi Berpinggan-Pinggan!

3.4K
SHARES
singgang sotong

Sebut sahaja ‘singgang’ sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang terbayang makanan bersup panas dari negeri Kelantan. Sangat enak dimakan bersama nasi panas serta budu, singgang juga sangat mudah untuk dimasak di rumah. Bukan itu sahaja, buat anda yang nak diet pun sangat sesuai untuk makan menu singgang terutama sekali singgang sotong.

Tak pernah cuba singgang sotong? Jadi, apa kata kali ini anda cuba pula singgang sotong dimakan bersama budu dan nasi panas. Kalau nak tambah cili bagi ‘extra’ pedas pun lagi mantap!

Baca juga: Rupanya Panaskan Nasi Secara Berkali-Kali Boleh Jadi Punca Keracunan, Patutlah Sakit Perut!

SEDAPNYA! JOM BUAT RESEPI SINGGANG SOTONG!

singgang sotong

1.Didihkan air dalam periuk

2.Masukkan 2 batang serai diketuk , 1/2 biji bawang holland dihiris , 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas , 1 inci halia , 10 tangkai cili padi diketuk.

3.Masuk asam keping 1/2 keping.

4.Betul-betul mendidih , masukkan sotong , tomato , putik jagung & daun limau purut.

5.Perasakan dengan garam & mushroom seasoning.

6.Last masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya.

Tips: mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut. Siap!

singgang sotong

Kalau anda perasan, ada juga negeri yang memasak singgang sotong ini dengan mempunyai kuah warna hitam. Ada yang suka dan ada juga yang tidak. Anda bagaimana?

Sumber: Siti Sandra Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×