Dapur

Rupanya Panaskan Nasi Secara Berkali-Kali Boleh Jadi Punca Keracunan, Patutlah Sakit Perut!

44
SHARES
cara panaskan nasi

“Betul ke cara panaskan nasi aku buat ni? Makin dipanaskan berkali-kali makin cepat pula berbau basi..”

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengalami situasi seperti di atas. Disangkakan dengan cara panaskan nasi secara berkali-kali dapat membuatkan nasi tersebut bertahan dengan lebih lama namun tidak! Makin dipanaskan berkali-kali dan beberapa hari, cepat pula berbau dan basi. Membazir lah jawabnya..

Namun, tahukah anda bahawa cara panaskan nasi secara berkali-kali ini adalah salah kerana boleh menjadi punca kepada keracunan makanan. Kalau tak tahu punca kenapa anda selalu sakit perut, mungkin inilah jawapannya..

Baca juga: Kalau Nak Jadi Calon Menantu Kesayangan, Kena Tahu 21 Jenis Ikan Di Pasar Ini!

CARA PANASKAN NASI YANG SECARA BERKALI-KALI BOLEH JADI PUNCA KERACUNAN?

cara panaskan nasi

Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan. Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Untuk pengetahuan anda, inilah menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.

Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan. Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.

Tips memanaskan baki nasi

cara panaskan nasi

1.Panaskan dengan menggunakan microwave

2.Letakkan nasi di dalam bekas yang terbuka dan diletakkan dalam microwave. Tambah satu atau senduk makan air dan panaskan sehingga 3-4 minit dalam suhu 73’c. Sajikan segera sewaktu masih hangat.

3.Menumis nasi

4.Tumis nasi dengan menggunakan periuk dan letakkan sedikit minyak dalam api sederhana. Nasi yang sudah sejuk selalunya akan bergumpal, oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalan pecah.

5.Kukus nasi

6.Isi periuk kukus dengan air ke paras setengah. Tunggu hingga mendidih dan masukkan baki nasi yang diletakkan dalam bekas stainless steel. Tutupkan pengukus dan panaskan nasi serta hidangkan.

*Setiap kali makan nasi jangan lupa untuk periksa keadaan nasi terlebih dahulu ya!

Sumber: Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×