Dapur

Orang Ramai Kena Tahu Apa Beza Label ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Dekat Makanan

2
SHARES
maksud baik sebelum

Setiap kali membeli makanan, pasti kita tidak akan terlepas untuk melihat satu label wajib di pek makanan tersebut iaitu tarikh luput makanan atau expired date. Kalau anda perasan, ada label yang menyatakan guna sebelum dan ada label yang menyatakan baik sebelum makanan tersebut? Apakah maksud baik sebelum dan guna sebelum ini?

Buat anda yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara dua label ini, berikut merupakan penjelasan supaya anda tidak tersalah makan makanan yang sudah tamat tarikh luput. Sakit perut dibuatnya!

Baca juga: Cara Buat Jem Tart Nanas Homemade, Biskut Jadi Tahan Lama & Tak Hitam!

MAKSUD BAIK SEBELUM DAN GUNA SEBELUM DEKAT LABEL MAKANAN?

Ramai tak tahu beza ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ dekat label makanan/minuman. Selalunya kita tengok tarikh expired tu je. Sebenarnya ada beza & mesti ada sebab kenapa ada label macam tu.

1.GUNA SEBELUM/ USE BY

maksud baik sebelum

– Tarikh akhir produk tu SELAMAT untuk dimakan/diminum.

– Biasanya produk yang cepat rosak & tak boleh simpan lama, contoh daging, susu, kek, roti, telur & etc.

– Kena BUANG serta merta lepas tarikh tu.

2.(BAIK SEBELUM/BEST BEFORE)

maksud baik sebelum

– Tarikh untuk tunjuk KUALITI produk sampai tarikh tu.

– Lepas pada tarikh tu, dah TAK BOLEH dijual sebab dah kurang kualiti, contoh hilang kesegaran, tekstur, aroma, rasa & nutrisi asal dia.

– Tapi produk tu still selamat untuk dimakan/diminum

– Cuma kita kena tengok produk tu ada tak perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair), warna (berubah dari yang asal), bau (tengit) & rasa (tengit, masam)

So, untuk panjangkan jangka hayat makanan/minuman korang, simpan kat dalam peti ice (freezer/chiller).

Sebab suhu rendah dia lambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk tu, so pertumbuhan kulat & aktiviti bakteria perosak dia jadi slow.

Sumber: Twitter @anisssurayaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×