Dapur

Cara Buat Jem Tart Nanas Homemade, Biskut Jadi Tahan Lama & Tak Hitam!

7
SHARES
resepi jem tart nanas

Sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah tentunya bertambah meriah apabila orang ramai bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai jenis kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Salah satu jenis kuih raya yang paling mendapat sambutan adalah kuih tart nanas yang digemari oleh setiap lapisan umur kerana rasa manis masam jem nanas di dalam kuih tersebut. Jadi, apa kata tahun ini buat sendiri kuih tersebut ikut resepi jem tart nanas homemade ini.

Bila buat jem tart nanas ini secara homemade, kuih bukan sahaja menjadi makin sedap malah kualiti untuk kuih bertahan lebih lama adalah lebih tinggi. Dah berbulan-bulan pun masih rangup dan sedap dimakan lagi!

Baca juga: Kuih Raya Tak Masuk Angin & Tahan Berbulan-Bulan Jika Buat 7 Tips Ini, Masih Fresh!

RESEPI JEM TART NANAS HOMEMADE

1.Dua biji nanas hijau dikupas kulit dan dibuang mata/hidung (ikut negeri masing-masing).

resepi jem tart nanas

Kenapa nanas hijau? Untuk rasa dan untuk tekstur. Nanas hijau tidak terlalu manis jadi apabila dijadikan jam dan ditambah gula, masih ada rasa masam-masam (tart) nanas dan tidak hanya manis leting. Oleh sebab nanas hijau sedikit keras, apabila diparut dapat mengekalkan bentuk parutan dan tidak hanya menjadi jus.

2.Belah empat untuk memudahkan kerja.

resepi jem tart nanas

3.Parut halus semua bahagian nanas termasuk pulurnya (bahagian tengah).

resepi jem tart nanas

4.Nanas yang siap diparut tanpa sebarang air tambahan.

5.Masak nanas yang diparut dalam periuk dan tambah gula secukup rasa. Saya gunakan 1½ cawan gula untuk sebiji nanas saiz sederhana.Masak sehingga kering air. Jika sanggup hendak berdiang di tepi api dan kacau tanpa henti, bolehlah gunakan api sederhana-besar.

resepi jem tart nanas

Jika hendak buat kerja lain sambil mengacau jem sekali-sekala, gunakan api kecil. Apabila air sudah mula kering, adalah penting untuk kacau selalu dan beri perhatian kerana sekejap sahaja jem boleh hangus.

6.Jam yang baru siap. Jangan cuba-cuba rasa, gula panas sangat bahaya, boleh melecur.

resepi jem tart nanas

Sejukkan ke suhu bilik sebelum dialihkan ke bekas kedap udara. Tahan bertahun disimpan dalam peti sejuk (bukan tempat beku) asalkan tidak dibuka-tutup atau diceduk dengan sudu yang basah.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×