Dapur

Kuih Raya Tak Masuk Angin & Tahan Berbulan-Bulan Jika Buat 7 Tips Ini, Masih Fresh!

49
SHARES
kuih raya tahan lama

Selesai menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan, kita akan bertemu pula dengan bulan Syawal bagi menyambut Hari Raya Aidilftri! Selain persiapan dari segi duit raya dan baju raya, tidak ketinggalan juga kuih atau biskut raya yang mempunyai pelbagai jenis pilihan. Tapi, baru sahaja beli kuih raya ini dah lembik! Ada tak tips kuih raya tahan lama yang boleh digunakan?

Jangan risau, dengan menggunakan tips ini, kuih raya yang penuh di rumah anda boleh tahan berbulan-bulan dan masih fresh macam baru dibakar!

Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!

TIPS KUIH RAYA TAHAN LAMA, TAK MUDAH LEMBIK!

kuih raya tahan lama

1.Sejukkan biskut sebelum disimpan

Buat pembuat biskut raya semua, janganlah letak biskut yang masih panas dalam bekas terus ya. Biskut sebenarnya perlu dibiarkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya menjadikan biskut lembab! Dah lembik dah biskut raya…

2. Petua jemur tepung dan gula

Sebelum memulakan proses pembuatan biskut raya, lebih elok sekiranya tepung dan gula yang akan digunakan dijemur terlebih dahulu. Proses ini akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai di dalam kuali sebelum digunakan. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.

3.Pastikan balang biskut kering

Sebelum guna balang untuk menyimpan biskut, pastikan bekas tersebut betul-betul kering dan tiada kesan air. Anda boleh cuci dan lap balang biskut untuk mengelakkan biskut mudah rosak apabila dalam keadaan lembab.

4. Guna bekas kedap udara

Ini memang menjadi pilihan ramai apabila menggunakan bekas kedap udara sebagai tempat menyimpan biskut. Menjamin biskut raya yang disimpan tahan lebih lama, lebih disarankan untuk jangan dibuka terlalu kerap. Ini akan menyebabkan udara masuk, tinggal di dalam bekas dan menjadikan biskut lemau.

kuih raya tahan lama

5.Alaskan dengan kertas minyak

Mungkin ramai yang masih belum tahu, jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat nenas dan biskut mentega, pastikan anda menyimpan biskut dalam balang dengan setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Kertas minyak ini bertujuan untuk menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.

6.Guna bunjut garam

Guna bunjut garam? Ini merupakan petua yang ramai dalam kalangan kita baru tahu! Untuk memastikan biskut kekal rangup dalam masa yang lama, masukkan satu uncang berisi garam ke dalam balang biskut. Caranya mudah sahaja, anda hanya bungkus satu atau dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam ini akan berfungsi menyerap lembapan yang ada dalam balang tersebut.

7.Tabur gula dalam bekas

Mungkin orang fikir bahawa tabur gula akan menyebabkan semut memenuhi balang biskut namun salah! Dengan menaburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut berfungsi mengelakkan biskut dari menajdi cepat tengik dan hapak. Oh baru tahu!

Sumber: Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×