Dapur

Jangan Asyik Patahkan Je, Ini Cara Pilih Bendi Muda Dengan Betul Supaya Tak Liat!

12
SHARES
cara pilih bendi

Bendi merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran ramai dan sangat sesuai dimasak dalam pelbagai jenis resepi. Namun, ramai dalam kalangan kita khususnya yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, masih tak tahu cara pilih bendi yang elok di pasar.

Selalunya pembelian tersebut akan berakhir dengan bendi yang tua dan liat, terus potong selera makan! Oleh itu, berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk pilih jenis bendi yang elok dan muda supaya sedap bila dimakan. Yang penting adalah, jangan terlampau memilih sampai menyusahkan penjual ya!

Baca juga: Viral Air Balang Manis Potong Kaki, Peniaga Boleh Guna Tips Bancuh Air Jadi Lebih Sihat!

CARA PILIH BENDI YANG MUDA, BARULAH TAK LIAT!

cara pilih bendi

Kalau anda perhatikan bendi semasa memilih, bentuk dan warna bendi tersebut pun memainkan peranan. Warna hijau gelap dan sedikit besar saiznya merupakan tanda bahawa bendi tersebut sudah tua dan liat. Bukan itu sahaja, jika dilihat dengan betul terdapat lubang kecil di bahagian pangkal bendi yang juga tanda bendi tersebut tua.

Cara senang nak pilih bendi:

1.Tekan hujung bendi tu sikit. Jika boleh dilentur, tu bendi muda/baru.

2.Kalau agak keras/payah lentur, tu bendi tua. Tak sedap nak makan.

3.Boleh juga tengok lubang kecil kat pangkal bendi. Kalau ada, jangan beli sebab bendi lama tapi kadang bendi baru pun ada lubang kecil ni.

cara pilih bendi

Anda janganlah patahkan terus hujung bendi tu. Kesian kat peniaga dan pembeli lain.

*Saya belajar daripada penjual sayur kat pasar. Saya tak kata pun suruh korang patahkan hujung bendi. Sis pesan jangan patahkan hujungnya, kesian peniaga dan pembeli lain.

Kalau boleh dilentur dan tiba-tiba terpatah tu, belilah. Kalau liat nak kendur tapi korang patahkan jugak, tu kan dah tak jujur. Sebolehnya jangan bagi patah hujung tu.

Sumber: Twitter @nurulshima

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×